CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pentingnya Dana Berpolitik Diaktakan

4-8-2015 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 5424| Komen: 12|Original author: CARI-SFG

Oleh : Fyruz Hanna

logospr.png


Jika kita imbas kembali:

3 Julai 2015 - Wall Street Journal melaporkan sejumlah 2.6 bilion ringgit dikreditkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang bulan Mac 2013 sehingga Disember 2014. WSJ kemuka 'bukti' aliran wang ke akaun Najib



3 Ogos 2015- Suruhanjaya pilihanraya SPRM memaklumkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan di dalam akaun peribadi Najib merupakan wang daripada dana penderma. RM2.6 Billion Adalah Daripada Penderma, Bukan 1MDB" - SPRM

3 Ogos 2015 - DAP tolak cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik. Tindakan DAP cetus 
persoalan sumber dana politik

-----------------------------------------------------------------------------------



Walaupun ketiga-tiga kenyataan diatas tiada kaitan namun, jika kita lihat setiap kali pilihanraya yang berlaku, pasti kedua-dua pihak bertanding bertelagah serta versi tuduh-menuduh berlaku dari mana datangnya dana untuk berkempen dan seumpamanya.

Semua sedia maklum, dari segi jumlah keahlian parti politik dengan bayaran yuran yang minimum, tidak dapat dipancarkan dengan kemewahan berkempen setiap parti setiap kali menjelang pilihanraya. Ternyata semua ini tidak murah dan memerlukan kos yang tinggi. Namun soalan mula timbul, dari mana datangnya wang yang disalurkan?

Jika dahulu perkara in pernah dibangkitkan oleh SPRM dalam menghapuskan amalan rasuah dengan mendedahkan sumber dana politik namun usul ini tidak disokong penuh oleh semua pihak.

Dibawah program Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan inisiatif membanteras rasuah dengan mengawal pembiayaan politik dan menyiasat penyalahgunaan dana di bawah NKRA.

Dengan bahasa mudahnya, semua dana yang diterima perlu didedahkan dari mana datangnya sumber dan segala dana haruslah tidak melampaui sehingga sumber dana itu sendiri meragukan.

Jom kita lihat amalan yang dilakukan di negara luar:

Amerika Syarikat - Dana awam hanya terbatas bagi pilihanraya Presiden termasuk proses pemilihan calon oleh Parti

UK - Tidak mempunyai kewangan awam yang besar kecuali geran pembangunan dasar di Parlimen Scotland

Mengapa pentingnya dana politik diaktakan?


Melalui garis panduan serta kuat kuasa undang-undang ke atas dana politik, ia mampu mengawal politik rasuah yang sememangnya memberikan kesan besar pada negara selepas pilihanraya.

Jika kita lihat, parti dengan dana yang lebih pastinya boleh membeli 'rakyat' walaupun bukan secara keseluruhannya dan ia akan memakan masa depan negara itu sendiri kerana hak rakyat dinafikan oleh kerana politik wang ini.

Selain berlaku ketidakadilan yang ketara dalam kesamarataan dengan membenarkan mereka yang memegang kuasa ekonomi selesa dengan pengaruh politik yang besar.

Bahkan, ia mencerminkan kerajaan pimpinan yang menggunakan 'politik rasuah' sebagai tunggak peneraju kerajaan sebagai kerajaan yang lemah di mata dunia. Kuasa besar pastinya akan mudah melihat Malaysia sebagai umpan. Maka yang akhirnya kita dijajah dalam bentuk wang.

Sewajarnya semua pihak kini menyokong saranan Datuk Seri Najib Razak dan usaha SPRM dengan menyokong akta dana politik bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang berdaulat tanpa dibayangi dengan kerajaan rapuh.


sumber: sinar harian, Astro Awani, Utusan, Wikipedia.









21

Bagus
12

Marah
13

Terkejut
42

Sedih
28

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 4-8-2015 11:17 AM
ermmmm......masa nie mmg dok bangkang..kang esok pilihanraya dapat saguhati...senyap ler tue.....ops.....saya ada use perkataan esok pilihanraya tue...hihkhihkhhikkk.....
Quote jay_07 4-8-2015 11:20 AM
kahkahkah... aku check acc maybank aku tadi.. hilang RM2 dan 60 sen.... aku menggagau check mana hilanggnya duit aku...





TERLUPA.. AKU ADE DERMA ARITU......................................
Quote sikatkutu 4-8-2015 11:29 AM
baru aku bace semalam, sape yang daftar mengundi.. dapat rm10.. duit mana lah tu nak kasi rm10.. kalau ade 2.6 juta orang daftar mengundi... mushkil plak
Quote bontotiku 4-8-2015 11:36 AM
macam tak logik je Najib kalao bodoh piang sangat..kau bukan guard jaga bangunan kerajaan, kau PM.. awat masuk acc sndr?  ke kene sabo ni.. cuci cuci taikkkkk
Quote supirnakal 4-8-2015 11:47 AM
mahcai DAP nk kata apa kenapa tak nak declare sumber? Lu dapat mana duit tu... setuju jela..
Quote eco_internet 4-8-2015 01:00 PM
Guan Eng: DAP never even approached on political funding law

GEORGE TOWN, Aug 3 – DAP was never contacted on any proposal to regulate political funding, secretary-general Lim Guan Eng said when denying his party rejected a law that would require the disclosure of donations and other financing.

The Penang chief minister was responding to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's remark that DAP had blocked a previous proposal to require all political parties to reveal how their operations are funded.

“The prime minister had never approached us about this; I hate to call him a liar, but he has never approached us on this at all,” he said at a press conference in his office here today.

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.hzmo7TLL.dpuf
Quote bontotiku 4-8-2015 02:44 PM
so bile sprm siasat jangan plak tangkap si yang siasat neh..
Quote peningsokmo 4-8-2015 04:25 PM
kalau nak akta susahlah nak menang kak oi
Quote mayaBB 4-8-2015 11:54 PM
Itula mentaliti masyarakat melayu.. nak memang mst main kotor.. kadang2 kalah tu pada pandangan mata dunia je.. huhu
Quote mayaBB 6-8-2015 12:10 PM
mohabbatein replied at 5-8-2015 06:54 PM
x jugak.. sape ada duit. ada kuasa mesti lah main duit

cakap mcm keling jee.. hukhuk
Quote leni 6-8-2015 12:25 PM
eco_internet replied at 4-8-2015 01:00 PM
Guan Eng: DAP never even approached on political funding law

GEORGE TOWN, Aug 3 – DAP was never  ...

pusing pulak LGE ni.....ni dalam persidangan Parlimen..isu dibentangkan..masa bila pulak jibby ngadap DAP pasal deklerasi ni.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.206135 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top