CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

ASEAN Perlu lebih Mapan dan Inklusif - Gesaan Najib

4-8-2015 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1516| Komen: 0


Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.bharian.com.my/




Untuk membina sebuah perkumpulan yang benar-benar bersepadu, usaha merapatkan jurang antara 10 negara anggota ASEAN bukan lagi satu pilihan malah kemapanan dan inklusif harus menjadi teras dasar-dasar ASEAN. 

Itu gesaan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Semasa membuat gesaan itu, Najib turut menegaskan ASEAN yang semakin bersepadu berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2050. 

Memetik daripada laporan Bernama, beliau menjelaskan ada pihak yang menganggarkan ASEAN mampu menjadi pasaran keempat terbesar selepas Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan China menjelang 2030 - hanya 15 tahun dari sekarang. 


Ini kerana ASEAN sudahpun memiliki tenaga kerja ketiga terbesar selepas India dan China, dan adalah realistik untuk ASEAN melihat diri sebagai "Kuasa Ketiga' di Asia. 

Perdana Menteri menegaskan ASEAN perlu yakin dengan masa depannya dan juga lantang mengenai keyakinannya. 

Selain kerjasama serantau, Najib berkata ASEAN tidak sepatutnya berasa segan dan teragak-agak untuk mendekati dan berhubung dengan dunia, termasuk rakan dialog dan rakan sektoralnya, seperti dengan peserta dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN. 


"ASEAN mempunyai sejarah telah mengambil bahagian dan bekerjasama dengan jiran-jiran dan rakan-rakan dari seluruh benua" 


Sementara itu, pewujudan Komuniti ASEAN adalah peluang terbaik untuk melakukan transformasi terhadap perkumpulan 10 negara anggota ini dan mendapat tempat baharu dalam dunia dengan berhubung mengikut cara baharu, dengan mempunyai identiti hasil daripada menjadi sebuah komuniti, tegas Najib. - CARI Infonet



43

Bagus
33

Marah
19

Terkejut
28

Sedih
44

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (192 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top