Oleh : TS LOO
Penggunaan pemain naturalisasi bagi memperkuatkan Skuad Harimau Malaya disifatkan sebagai satu tindakan yang 'tidak bermaruah' oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Tegas Khairy, walaupun FIFA membenarkan seseorang pemain untuk mewakili sesebuah negara selepas tinggal di negara berkenaan melebihi lima tahun, Malaysia tidak akan menggunakan pendekatan itu. "Kalau pemain itu ada kaitan dengan (pertalian darah) Malaysia, tidak apa tetapi kalau bukan, saya tidak berapa setuju walaupun dibenarkan oleh FIFA. Tidak ada maruahlah kalau kita ambil jalan tersebut." Beliau menyeru agar lebih baik menumpu kepada program pembangunan seperti NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) di mana kita lahirkan pemain yang betul-betul warga Malaysia,"
Beliau bercakap demikian selepas melancarkan pasukan ski dan luncur salji Malaysia (MSST) di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam. Isu pemain naturalisasi timbul baru-baru ini setelah skuad negara berjaya mengikat gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Julai lepas hasil bantuan lima pemain import yang beraksi dalam Liga Malaysia. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT