CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elakkan Berkawan Dengan Manusia Yang Ada 8 Ciri Ini

11-8-2015 12:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13596| Komen: 3


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.desicomments.com



Memang sukar untuk mencari kawan sejati, yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan, yang sentiasa menjadi kawan dikala gembira dan didalam kesusahan.

Penulis teringat satu ayat ini, "kawan gembira senang dicari, kawan menangis sukar dicari". Ini jelas menunjukkan tidak semua kawan kita akan ada dikala kita memerlukan pertolongan tetapi mereka pasti ada dikala kita gembira dan "tengah senang".

Dalam berkawan juga kita perlu mengenal siapakah kawan kita, adakah mereka benar-benar jujur ingin berkawan atau mempunyai agenda tersendiri? Namun, usahlah berburuk sangka dengan kawan-kawan kita, ramai saja yang ikhlas berkawan dengan kita.

Cuma, jika boleh elakkan dari berkawan dengan individu yang mempunyai 8 ciri-ciri dibawah kerana ini mungkin mengundang masalah buat kita dimasa hadapan :


#1. Opportunist/ ambil kesempatan
Anda ada harga, anda ada rupa, ataupun anda popular? jaga-jaga kerana memang ada segelintir manusia yang ingin berkawan dengan anda kerana mungkin anda ada beberapa faktor yang penulis tulis itu. Mungkin anda ada kereta yang canggih, pakaian atau aksesori yang terkini ataupun anda seorang yang bijak di dalam akademik. Orang seperti ini juga boleh menggunakan anda untuk berbaik dengan orang yang mereka inginkan seperti mendapatkan nombor telefon ‘lelaki/wanita’ idaman mereka dan sebagainya.

Orang seperti ini selalunya apabila anda bersemuka dengan mereka, mereka menjadi marah dan tidak senang. Mereka tidak menghormati anda dan harta benda anda. Selain itu juga, jika anda ingin meminta pertolongan daripada mereka, mereka sukar untuk menghulurkan bantuan.

#2. Pentingkan diri sendiri

Berhati-hati dengan orang yang suka mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan motto : “semua tentang saya.” Mereka akan sentiasa bercakap tentang diri mereka dan selalunya mereka tidak akan mengambil berat tentang anda, mereka tidak berminat untuk mengetahui mengenai hari anda, bagaimana anda rasa, perasaan anda.. pokok pangkalnya apa-apa mengenai diri anda. Anda juga boleh melihat bahawa mereka selalu bangga dengan diri sendiri tidak kira sama ada mengenai diri mereka, harta benda, perkahwinan, percutian, pendek kata mereka sentiasa mencari sesuatu untuk menjadikan mereka center of everything.

#3. Sentiasa mengeluh tentang diri sendiri
Ada jenis manusia yang sentiasa mengeluh mengenai kehidupannya seolah-olah dialah orang yang paling malang di dalam dunia ini. Rakan seperti ini akan selalu mengadu masalahnya pada anda dan meluahkan perasaan pada anda kerana mereka tahu anda akan sentiasa ada untuk mereka TETAPI tidak semestinya dia akan buat perkara yang sama pada anda. Jika anda ditimpa masalah, mereka akan memberikan pelbagai alasan dan malas untuk melayan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan teman lain, mungkin orang seperti ini tidak mempertahankan atau memperdulikan anda.

#4. Jauhkan diri anda dengan rakan yang ‘clingy’
Pernah dengan perkataan ‘clingy’ tak? Atau orang yang selalu nak berkepit kehulu kehilir. Orang seperti ini selalunya tidak boleh berkongsi anda dengan orang lain. Apabila mereka lihat anda dengan orang lain, mereka cemburu kerana mereka mahu anda untuk diri mereka sendiri. Orang seperti ini juga kadang-kadang akan mengabaikan anda jika mereka ingin bersama teman wanita/lelaki mereka tetapi dalam masa yang sama mereka inginkan anda selalu ada bila mereka perlukan anda. Pelik kan? Penulis pun pelik.

#5. Hipokrit
Rasanya ini tidak perlu diulas lagi. Banyak kawan yang hipokrit di dunia ini dan ada rakan yang memberikan senyuman paling manis pada anda bila anda berada dengannya tetapi bila bersama rakan lain, mereka akan mengutuk dan mengeji anda. Mereka juga akan sentiasa mengutuk anda secara lisan dengan niat merendah-rendahkan anda. Orang seperti ini juga sering berjanji untuk menghabiskan masa bersama anda tetapi selalu ‘cancel’ bila tiba saat akhir. Baik tak payah ada kawan macam ni!

#6. Rakan yang tidak tahu menghormati
Elakkan orang yang suka bangga mengenai diri sendiri. Dia tidak hormat budaya dan juga bangsa serta agama anda. Dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan selalu merendahkan mengenai orang lain jika orang itu tidak sama etnik atau seagama dengan anda.

#7. Jenis pengintip

Ada jenis orang yang suka mengambil tahu mengenai diri anda.. kerana dia ingin mengintip segalanya mengenai diri anda. Mungkin untuk dirinya sendiri ataupun untuk orang lain. Satu lagi sebab mungkin kerana mereka mahu untuk mendapatkan rangkaian rakan dan kenalan anda. Mereka tidak benar-benar berminat untuk berkawan dengan anda sebenarnya, jadi jika anda dapat tahu ada rakan seperti ini, mohon jauhkan diri anda. Orang seperti ini selalu berbohong mengenai hal peribadinya dan sentiasa ingin tahu mengenai hal peribadi anda meskipun tiada kaitan dengan dirinya.

#8. Kawan yang mengabaikan anda
Apabila anda bersama dengan rakan seperti ini dengan kawan anda yang dia tidak kenal, dia akan sentiasa bercakap dengan anda dan mula bersosial dengan rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, apabila anda cuba bergaul denganny dan rakan rapatnya, dia akanmengabaikan anda dan “lupa” untuk memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya. Setiap kali anda cuba berbual dengannya, dia tidak menghiraukan anda dan terus bercakap dengan rakannya sahaja.

8 tips kenal ciri-ciri kawan yang perlu dielakkan ini dipetik dari gilerkentang.com. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pembaca semua dalam mengenal siapakah kawan dan siapakah lawan. Akhir kata, hati-hati dalam memilih kawan, mencegah lebih baik dari mengubat. - CARI Infonet.


39

Bagus
22

Marah
24

Terkejut
26

Sedih
19

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ipo 13-7-2015 06:41 PM
betul tu..tapi dalam berhati-hati, ada je yang terjebak..

saya ada kawan 'clingy' ni..rimas dibuatnya.
jenis saya, tak suka rapat sangat dengan kawan..sebabnya jadi macam tulah..nak kemana2 pun, sibuk nak ikut sekali,
bila kita keluar dengan kawan lain, dia marah2, masam muka
membuatkan otak ni fikir>> "Hello, kawan aku bukan kau sorang je.."
so, saya treat all my friends as the same, not bff...not special..
Quote tagas 14-7-2015 10:29 AM
Semua org aku kwn..tp tahap biasa2 jer & ade batasan nya sbb hati manusia lain2

bleh berubah anytime
Quote CariCari621 22-7-2015 05:55 PM
x salah nk kawan ngn org yg mcm2 jenis ni. Ramai je kawan2 yg jenis2 opportunist, selfish, hipokrit & etc ..... tp just kawan je la, xyh nk close sgt

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.110343 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top