CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Panggilan 'Makcik,Kakak, Abang' Di Tempat Kerja Tak Kena Tempat

13-8-2015 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 52574| Komen: 249

Oleh Fyruz Hanna


"Makcik, Ina nak pergi lunch! Jom," tambah Ina.
"Kakak.. Draf kertas kerja tu dah siap ke?", ujar Shima.
"Abang Mail, Kak Rina minta masuk bilik dia sekarang," kata Maya.

Jadi semua situasi di atas berlaku didalam sebuah pejabat.Tak terbatas pada kaum hawa sahaja, lelaki pun turut sama menggunakan gelaran ini.

Adakah takut atas faktor usia yang masih muda, lalu disapa rakan kerja lain dengan panggilan 'abang' atau 'kakak'? Atau adakah sekadar menghormati rakan kerja lain dengan sapaan begitu? Tidaklah penulis tahu.


Contoh kedua:

Pelayan (berpangkat makcik) : Nak minum air apa abang?
Budak x : Saya ni masih sekolah lagi makcik.
Pelayan (berpangkat makcik) : Makcik tau..kalau lelaki semua makcik panggil abang..kalau perempuan makcik panggil kakak. Sebab makcik taktau nama..takkan makcik nak panggil hoi pulak..

**tak boleh kah jika makcik tersebut memanggil adik? Dan mengapa pula dengan memanggil adik dilihat seperti suatu yang tak hormat.

Itu jika kita ambil contoh di gerai makan, namun jika situasinya di tempat kerja? Adakah panggilan kakak, abang, makcik ini perlu juga disertakan dalam bilik mesyuarat? Meluncur laju ketika pengagihan tugas?


Ditambah dengan usaha kerajaan meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun, tidak dinafikan jurang umur yang besar ada kalanya beza umur pekerja lama dengan baru mencecah 20 tahun atau lebih.

Namun, dalam pada gelaran sebegini, ia sedikit sebanyak menyebabkan ada sebilangan dari kita merasa tidak enak dan panas hati dengan gelaran ini.

"Eh kau ni, aku ng kau beza bulan je kot... nak kakak-kakak kenapa," gumam Liyana.
"Laa.. makcik ke dia panggil aku, tua sangat ke aku ni..' Kata nora dalam hati.

Panggilan tidak rasmi sebegini sedikit sebanyak mencacatkan susana di tempat kerja. Lainlah kalau hubungan kekeluargaan, ia sememangnya menggambarkan keakraban.


Perlu diingatkan gelaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan personaliti seseorang. Dengan gelaran, gelaran meningkatkan keyakinan diri ditambah ditempat kerja. Ia menjelaskan status dan standard.

Mungkin niat pemanggil adalah berlandaskan dasar hormat, namun jika penerima panggilan tersebut tidak menggemarinya, adakah ia masih dikira hormat? 
 
Walaubagaimanapun, penulis berpendapat panggilan kakak,makcik,abang perlu dielakkan untuk mengekalkan profesionalisma di tempat kerja.

Ini akan menampakkan si pemanggil itu seperti sedikit 'kekampungan' kerana membawa panggilan tak rasmi di tempat kerja. Lebih tak kena jika si pemanggil nampak lebih tua dari yang dipanggil.

Jika dilihat, panggilan 'kakak,makcik,abang' ini kebanyakkannya digunakan bagi pekerja peringkat sokongan dan ke bawah.Mungkin atas faktor pendidikan rendah menyebabkan mereka terbawa-bawa panggilan tak rasmi ini.

Cukup dengan panggilan, cik, puan, tuan, encik untuk menyapa mereka. Namun jika mereka sendiri yang mahu disapa kakak ataupun makcik, barulah kita panggil.

Walaupun tiada panduan khusus untuk gelaran tak rasmi ini, penulis berpendapat, gelaran 'kakak' misalnya boleh (jika mahu digunakan) disapa untuk mereka yang berbeza umur 5 tahun dan ke atas. Jika berbeza hanya 2,3 tahun tidak memberi impak besar atas beza umur kamu.

Dan elakkan (selagi termampu), untuk menyapa dengan panggilan 'makcik' di tempat kerja, kerana ia mencacatkan suasana. Cukup sehingga gelaran 'kakak'.

Apapun, panggilan tidak rasmi ini harus dikurangkan supaya profesionalisma di tempat kerja dapat ditingkatkan serta mewujudkan suasana kerja yang harmoni.Biar apa pun gelarannya, semoga tiada yang bermasam muka dek kerana gelaran! -CARI Infonet.


 
31

Bagus
23

Marah
21

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 13-8-2015 01:41 PM
Lg best kalau pi pasaraya....budak2 keje sementara agaknya pnggil  mak cik pakcik....mcm x pro langsung....dr nk beli trus blah lol
Quote ell768 13-8-2015 01:44 PM
ada yg ok ada yg tak..
Quote Jagendas 13-8-2015 01:45 PM
elok la tu.. panggilan sopan kot

tak salah pon ber makcik pakcik akak abang .
Quote prettyuglybabe 13-8-2015 01:49 PM
aku pun klu jumpa orang tak kenal panggil je bang, kak..
kadang-kadang panggil cik.. ada jantan pun aku panggil cik
Quote aechae 13-8-2015 01:50 PM
I prefer semua org call me by my name...tnpa mengira umur...itu yg i amalkn kt tmpt keja..no need to call me kak..wlupn budak yg msuk keja tu bru hbs SPM... Mcm tua jee
Quote bellaa 13-8-2015 01:51 PM
kalo panggil abam n akak dalam porem?
segelintir porumer mulut longkang akan cop pmpn itu menggeletis.

tapi porumer itu berhabam hakak, buley pulak.
dabel standed betoi.
Quote imransulaiman 13-8-2015 01:54 PM
Laaaaaaaaa....! Salah ke benda ni?? Atau penulis ni dah tua layak dipanggil makcik tapi nak juga dipanggil kakak sampai umur nazak?
Quote rospinki 13-8-2015 01:55 PM
melayu ni terlalu detail tk kena tempat.

nka makan kena ada masak gulai titu ni

nk kawen byklak adat itu ini

kenduri tu ini

pesen lak mcm2 tudung itu ini

baju kurung jubah kejadah mcm2

nk pangil org tu pon tk reti nk address betul2.

pelik betul
Quote pooh~key 13-8-2015 01:55 PM
Aku nak semua orang panggil aku yang berhormat.
Quote munchkin 13-8-2015 01:56 PM
i pun go by name. kalau tak cam ofis my uncle siap ber kak long kak long lagi
Quote EJALTI 13-8-2015 01:57 PM
Iols tak kesah.....janji urusan settle....
Quote shamsadis 13-8-2015 01:58 PM
sensitif betul macam orang Korea plak...
Quote fly_in_d_sky 13-8-2015 02:02 PM
fly ok jer ...
dengan office mate sometimes panggil kakak or abang walaupun dia muda dari fly
and bila ada masalah ... ayatnya " eh you punya adik kan ... haizzz ..."
lady boss ... kitorang guna kakak besar .. tapi among staff jer la ...
kakak besar datang ... hahaha  
normal ler ... takde nak terasa tua ke bagai ...
Quote fatyn_zema 13-8-2015 02:02 PM
10 tahun lepas kalau pegi mana-mana nak bertanya, akan panggil kakak atau abang..sekarang ni kalau lelaki ke perempuan ke semua sama  klu nak tegur panggil adik jela
Quote alieyrina 13-8-2015 02:04 PM
Yg pompuan kalau tua pd aku memg kakak lah...

hat laki segan aku nak berabang2..getik naw..aku encik2 jah ngn laki tua pd aku... encik tu jd aku cik kan aja..cik mail..cik naim..cik fami..
Quote gaara_X 13-8-2015 02:08 PM
respect......jangan double meaning...
Quote ogata 13-8-2015 02:10 PM
i paling pantang kalau ada ah soh and ah pek datang apek pangil i kakak...

terus je i sound tanpa belas kasihan.
Quote krustykrab 13-8-2015 02:11 PM
pooh~key replied at 13-8-2015 01:55 PM
Aku nak semua orang panggil aku yang berhormat.

ooopsss

nama tu kasi tukar dulu...kalau tidak tak ngam
Quote trewqwert 13-8-2015 02:20 PM
Panggil nama atau pangkat la. Apparaaaa

Lihat semua komen(249)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.147725 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top