Oleh : Dean BZ Gambar hiasan. Sumber foto : mediapermata.com.bn Dunia kini sudah jauh berubah semenjak penggunaan internet secara meluas diseluruh dunia apabila munculnya dunia baru yang dipanggil "dunia maya" . Dunia maya atau juga dipanggil alam siber menyebabkan penduduk dunia mula tertumpu pada penggunaan jaringan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan macam-macam lagi. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi dalam versi mobil, ini memudahkan lagi pengguna sosial melayari laman sosial walau dimana berada. Pastinya kita tahu bagaimana penggunaan media sosial secara meluas memberi impak yang besar kepada masyarakat. Cuba lihat siapa sahaja disekeliling anda ketika ini, apakah yang mereka sedang lakukan? Pastinya ada di antara mereka yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain telefon bimbit atau tablet. Gambar hiasan. Sumber foto : bonafidepanda.com Namun, apa yang membimbangkan apabila masyarakat tidak memanfaatkan kebaikan media sosial dengan melakukan perkara yang berfaedah. Ramai lebih gemar membuang masa di laman sosial dengan menjana dosa kering (dosa yg dilakukan tanpa sedar). Ada juga yang menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk mencari rakan maya dan seterusnya menaik taraf hingga menjadi "kekasih gelap", ini akan mendedahkan masyarakat pada gejala sosial yang lebih teruk jika tidak dibendung dari akar umbi. Tanpa kita sedari, kita mungkin telah membuat "dosa kering" seperti menyebar berita fitnah, komen yang berbau hasutan, mengumpat, memaki hamun, muat naik gambar dedah aurat dan kongsi luahan perasaan yang tidak sepatutnya. Malahan, bukan lagi sesuatu yang asing meluahkan perasaan berkenaan masalah rumah tangga di laman sosial. Persoalannya, perlukah canang sekeliling alam masalah rumah tangga anda? Pada pendapat penulis, anak-anak yang masih bersekolah tidak perlulah didedahkan pada penggunaan laman sosial kerana terdapat pelbagai keburukan dan informasi yang mungkin kurang sesuai dengan umur mereka. Tetapi hari ini, kita dapat lihat kanak-kanak seawal umur 7 tahun sudah memiliki telefon bimbit sendiri dan mempunyai akaun Facebook, Twitter, WhatsApp, Wechat dan sebagainya. Gambar hiasan. Sumber foto : dehewaraspak.blogspot.com Jika dirujuk pada statistik, rakyat Malaysia mempunyai purata jumlah rakan facebook yang paling tinggi di dunia dan meluangkan masa paling banyak di laman sosial. Manakala beberapa kajian juga menunjukkan satu daripada lima hubungan cinta bermula dari perkenalan dan perbualan di media sosial. Di Amerika Syarikat pula dilaporkan satu daripada lima kes perceraian berpunca daripada penggunaan media sosial. Walau bagaimanapun, media sosial juga banyak kebaikan jika kita pandai memanfaatkannya. Antara kelebihan media sosial : 1- Sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungkan orang ramai dengan sesiapa saja diseluruh alam maya. (meluaskan networking) 2- Memudahkan untuk berkongsi dan akses maklumat pada bila-bila masa. 3- Tempat untuk mempromosi produk perniagaan. 4- Membantu dalam menyebarkan ilmu atau berita yang penting untuk diketahui umum. Fikir sebelum komen, selidik sebelum sebar, jaga nafsu menulis, anda mampu merubahnya. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
|
20
Bagus |
17
Marah |
19
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jengkoil replied at 17-8-2015 03:48 PM
Belanga mengatakan periuk itam..
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!
Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..
sofiazara replied at 17-8-2015 07:47 AM
agree. saya sampai buka satu thread di bod perbincangan keluarga utk kes gaduh dgn sedara dlm whats ...
applemy replied at 17-8-2015 03:30 PM
So true!
Dah delete FB sejak awal 2014 gitu..
ADVERTISEMENT