Oleh : TS LOO
Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa pasti mempunyai tabiat menggigit kuku jari tanpa disedari. Alasan yang sering diberi mengenai tabiat ini adalah seperti susah nak menghentikan, kelakuan sejak kecil lagi dan memang susah nak dikawal. Mengikut kajian psikologi, apabila menghadapi tekanan ataupun kebimbangan dalam apa jua keadaan sekali pun, dengan cara menggigit kuku, seseorang itu mampu tenangkan pemikirannya dan mengawal emosinya ke tahap yang minima. Bagaimana pun, terdapat pelbagai petua ringkas yang boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku.
Biasanya golongan ini akan menyatakan rasa tidak selesa jika ia dihentikan. Namun tahukah anda, tabiat gigit kuku boleh menimbulkan masalah lain seperti kuku rosak hingga menyebabkan hujung jari berdarah. Cari Infonet ingin berkongsi beberapa cara berkesan untuk anda hentikan tabiat ini. 1) Teliti 'punca' Pada awalnya mungkin seseorang itu hanya menggigit kuku sekadar suka-suka. Tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari. sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/ Bagi mereka yang tegar, banyak alasan khusus diberikan seperti kebosanan, ketakutan, tekanan, rasa cemas dan seumpamanya membuatkan mereka teruskan tabiat ini. Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan pesan orang di sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku. 2) Mengalihkan perhatian Setelah menyedari berkelakuan gigit kuku jari, sebolehnya cuba alih perhatian dengan membuatkan tangan ‘sibuk’ dengan aktiviti lain seperti bermain ‘game’ di telefon bimbit, menconteng buku atau buat tugasan lain yang relevan. Yang penting, melakukan kebiasaan yang baru yang dapat membantu menghentikan tabiat ini. Tentunya kebiasaan baru yang dipilih adalah sesuatu yang baik, misalnya mengunyah gula-gula getah ataupun makan sesuatu yang ringan. 3) Mendapatkan rawatan Tabiat menggigit kuku atau nama perubatannya iaitu Onychophagia sebenarnya adalah sebahagian daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis gangguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang. Bagi mereka yang ekstrim dalam tabiat ini boleh mengakibatkan kecederaan seperti jari berdarah, kuku nipis dan terkopek, kehilangan kuku selain mengalami kerosakan kekal antara kesannya. Jika ia berlaku, maka sudah tiba masanya anda mendapatkan rawatan. 4) ‘Cacatkan’ rasa Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan menggigit kuku. Perilaku ini biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku. Dengan mengoles krim atau sanitizer di tangan dan jari anda, pastinya ia akan mencipta rasa aneh bahan kimia dan membuatkan kemahuan terbantut untuk terus menggigit. Selain itu, anda boleh atasi masalah ini dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku. Jika anda berbelanja besar untuk kelihatan cantik mungkin buatkan anda fikir dua kali untuk merosakkannya. Tabiat yang kurang elok seperti gigit kuku, hisap rokok, lepaskan kentut dan banyak lagi harus dikikis atau dilakukan pada waktu dan tempat yang sesuai khususnya bagi mereka yang mempunyai anak. Ini kerana ia akan memberi kesan atau teladan yang negatif buat generasi akan datang. Jangan sesekali mengambil alasan tertentu untuk meneruskan tabiat yang buruk tersebut. - CARI Infonet |
36
Bagus |
27
Marah |
37
Terkejut |
33
Sedih |
21
Lawak |
32
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT