CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kerja Bagai Nak Rak, Hujung Bulan Poket Koyak

24-8-2015 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14854| Komen: 71


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : ariffshah.com



Pernah tak kita terfikir, walaupun sudah memiliki pekerjaan yang cukup baik tetapi mengapa sentiasa tidak cukup wang di hujung bulan. Sehingga, ada dikalangan kita terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan seharian.

Seawal pagi setiap hari kita sudah bangun untuk bersiap ke tempat kerja, dipetang hari pula semua berpusu-pusu pulang ke rumah. Begitulah rutin setiap hari demi mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan. Ada yang sanggup kerja lebih masa semata-mata ingin menambah pendapatan, namun kenapa masih ada yang tidak cukup wang?

Jom kita lihat antara faktor penyebab "poket koyak" setiap kali hujung bulan.


#1. Gaya hidup
Gaya hidup amat mempengaruhi kewangan anda. Jika mengamalkan gaya hidup mewah dan boros ketika berbelanja, sudah pastinya anda tidak akan pernah cukup wang. Lebih memburukkan lagi keadaan jika anda menghabiskan wang dengan membeli barang yang tidak bermanfaat serta langsung tidak penting.

#2. Beli barang mewah kerana "trend"
Seperti sudah menjadi satu kemestian untuk memiliki barang mewah sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan itu. Rakan penulis sendiri ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata untuk memenuhi kehendaknya. Bunyinya teruk kan? Namun ia memang terjadi hanya kerana ingin mengikut trend terkini. Akhirnya, terpaksa menanggung hutang bulanan demi memiliki barang impian itu. Sikap seperti ini haruslah dikikis, belajarlah ukur baju di badan sendiri.

#3. Tidak mencatat perbelanjaan harian
Ramai yang memandang remeh tentang perkara ini. Pengurusan perbelanjaan yang betul pastinya memberi impak yang besar kepada kewangan anda. Tolonglah kira dulu sebelum berbelanja. Asingkan duit untuk makan, duit bil-bil, duit kecemasan dan lain-lain. Jika anda tidak pernah melakukan pengiraan untuk setiap perbelanjaan, mula kan pada hari ini dan lihatlah kesannya di kemudian hari.


#4. Tiada duit simpanan?
Bekerja namun tidak mempunyai duit simpanan, ini adalah satu pengurusan kewangan yang salah. Duit simpanan amat penting lebih-lebih lagi ketika ada hal kecemasan seperti ahli keluarga jatuh sakit, kenderaan rosak dan hal-hal yang memerlukan wang secepat mungkin. Untuk simpanan tidak perlu banyak, penulis sarankan untuk permulaan anda hanya tolak sepuluh peratus (10%) dari gaji bersih anda, kemudian simpan didalam bank. Pastikan duit ini tidak diusik dan anggaplah duit itu tidak pernah ada sehingga anda benar-benar memerlukan. Cubalah dari sekarang.

#5. Hutang kad kredit dan ansuran mudah
Sebut saja pasal hutang pastinya kewangan anda akan lari bajet jika tidak melunaskan hutang pada waktu yang ditetapkan. Ini kerana untuk bayaran kad kredit dan ansuran mudah, terdapat caj faedah dikenakan jika bayar lebih dari masa yang ditetapkan. Kalau anda tergolong dalam pengguna kad kredit dan pembayar ansuran mudah, lunaskan segera hutang yang tertunggak dan selepas ini elakkan dari berhutang untuk jangka masa panjang.


Sumber foto : sayahamba.blogspot.com

Diharap faktor-foktor penyebab poket koyak yang dikongsikan diatas dapat sama-sama kita elakkan. kejayaan dalam pengurusan kewangan bergantung kepada usaha anda sendiri. Fikirkan jangka panjang, fikirkan keluarga, jangan kedekut menderma dan paling penting bayar zakat supaya rezeki yang kita perolehi diberkati olehNya.

Ingat! pengurusan kewangan yang betul dapat mengelakkan anda dari berhutang. Semoga bermula hari ini, anda mempunyai azam untuk menguruskan kewangan sebaiknya. Amalkan hidup bersederhana, elakkan berhutang dan jangan boros berbelanja. - CARI Infonet.



*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.

14

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
12

Sedih
21

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 24-8-2015 11:16 AM
The key is... Financial managementbyg tiptop and kawal napsu serakah.
Quote hzln 24-8-2015 11:24 AM
keyword adalah NAFSU
gaji 1200
nak belanja mcm org gaji 5000
dapat kekang itu
insya allah anda sentiasa gembira dan CUKUP tanpa terasa sesak
Quote dragger 24-8-2015 11:24 AM
tak reti nak bercukur

hmmmm
Quote aduh2sayang 24-8-2015 11:38 AM
kawan i pun ada. beli baju handbag semua yang mahal2... hujung bulan minjam. lepas tu merungut gaji kecik. nyampah orang suka merungut ni.huh
Quote mattzzx 24-8-2015 11:47 AM
belanja secara berhemah lah.........
Quote gaara_X 24-8-2015 11:56 AM
ermmmm....gaya idup tu bagi deme.....bagi yang betul² tak de.....
Quote FanTasyCreaTioN 24-8-2015 11:59 AM
semua sebab sebab lama yang ramai dah tau

Quote haruslah 24-8-2015 12:03 PM
kete 800 bln2 mampu byr

ptptn 100 sbln liat, alasan byr 100 x gerak abis bunga jer

tp kete 800 sbln xde interest kotttt
Quote #h$=== 24-8-2015 12:23 PM
Boring ah.
Quote green~tea 24-8-2015 12:26 PM
Tell me something that i didnt know
Quote Login_ID 24-8-2015 12:35 PM
haruslah replied at 24-8-2015 12:03 PM
kete 800 bln2 mampu byr

ptptn 100 sbln liat, alasan byr 100 x gerak abis bunga jer

kan.

macamana nak hidup berkat kalau hutang buat2 tak tahu

hidup/rezeki tak berkat kalu, jangan mimpilah nak hidup senang walaupun gaji 10K sebulan
Quote saladin780 24-8-2015 12:38 PM
kalu dikira peratusan...berapa peratus jelah agaknya yg 'kerja bagai nak rak ' tu
Quote harimau76 24-8-2015 12:40 PM
yup.. live within means... good reminder...haku pun kekadang terover jugak dalam berbelanja...
Quote leylapple 24-8-2015 12:41 PM

Quote dryhasril 24-8-2015 12:41 PM
hzln replied at 24-8-2015 03:24 AM
keyword adalah NAFSU
gaji 1200
nak belanja mcm org gaji 5000

RM 1200 baru cover bayar kreta dan rumah...
tak masuk kos makan, keperluan rumah, minyak kereta, bagi mak bapa dan adik,
barang untuk bergaya2.. dll. klu nak ikut rm10k pun x cukup....
Quote tagas 24-8-2015 12:45 PM
Income ciput tp tembolok besor

mmg hancus la
Quote dino 24-8-2015 01:07 PM

apsl 15 makan shari tu.... rm5 cukup shari kira keje mkn tghari.... leh jimat bab makan tu dgn bwk bekal...
Quote lavaledzep 24-8-2015 01:08 PM
makan bawak bekal...nama kena ctos gak...

per citer..???

Quote lavaledzep 24-8-2015 01:10 PM
ke mula belajar bawak bekal lepas nama kena ctos..??





Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top