CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Alasan Popular Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

24-8-2015 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12342| Komen: 17

Oleh Izzah Abbasy

Perempuan itu adalah aurat, maka apabila ia keluar dari rumahnya maka setanpun berdiri tegak (dirangsang olehnya) (HR. Tarmidzi)


Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka  dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)



10 Alasan Popular Wanita Yang Enggan Menutup Aurat


1. Semua yang tutup aurat, sudah tentu masuk syurga ke?

Yang pasti, jika tidak menutup aurat, sudah tentu akan masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Perlahan-lahanlah.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tidak buat.

Jangan mengeji rakan atau saudara kita yang tidak bertudung. Nasihati mereka dengan baik. Doakan mereka yang belum menutup aurat agar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Semoga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. - CARI Infonet

14

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timahterung 30-6-2015 08:54 PM
I ada classmate ,muka memang tak lawa  taknak tutup aurat sebab takut takde laki terpikat padahal tutup aurat ke bukak ke tetap kelaut muehehe
Quote yazirobel90 30-6-2015 10:20 PM
kalau tegur mmg kena fire balik punye lar...
Quote aijinmisaki 2-7-2015 12:26 PM
timahterung replied at 30-6-2015 08:54 PM
I ada classmate ,muka memang tak lawa  taknak tutup aurat sebab takut takde laki terpikat padahal tu ...

kalau orang tu sangat lawa bila tak bertudung dan sangat buruk bila bertudung macam mana tu?
orang bertudung bukan sebab nak nampak lawa sis
Quote itik_kuning 2-7-2015 01:38 PM
timahterung replied at 30-6-2015 08:54 PM
I ada classmate ,muka memang tak lawa  taknak tutup aurat sebab takut takde laki terpikat padahal tu ...

keh keh keh...

ini yg jenis tak sedar diri nih....
Quote mattzzx 2-7-2015 02:12 PM
sendiri mau ingat lah.........
Quote starbee 24-8-2015 03:45 PM
sebenarnye org yang berhijab lg cantik dr yg tak berhijab.... tp itulah depa saje nak menegakkan benang yg basah... cipta dalil sendiri... nape nak tempah tiket pegi neraka and tambah dosa free... oh lupe pahala dorg banyak sgt kot.... hahahaha sentap....
Quote BlueRose99 25-8-2015 11:29 AM
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Biasa jumpa yg jawab cenggini..
Quote CikDayahRuslan 25-8-2015 03:00 PM
timahterung: I ada classmate ,muka memang tak lawa  taknak tutup aurat sebab takut takde laki terpikat padahal tutup aurat ke bukak ke tetap kelaut muehehe


ahahahahaha
Quote cikrosnah 25-8-2015 05:13 PM
Penah dengar perpuan yang pakai selendang nampak jambul kat depan cakap iman bukan pada jambul rambut tapi pd hati. Ntahla nak komen mcm mana
Quote Loxlaxman 27-8-2015 12:22 PM
Rambut tak nak tutup .. buku poen dengan bulu ketiak malu pulak nak tunjuk ..
Quote eriteun 13-9-2015 04:52 PM
Wulan Guritno Ingin Jadi Germo Dari Sosok Ini

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget
Quote Emperor95 14-9-2015 02:02 PM
Edited by Emperor95 at 14-9-2015 02:04 PM
5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

Memang seronok tengok awek cun berpakaian seksi. Tapi akhirat kelak, aku mesti teruk nak menjawap tentang ini. Syok tengok tapi tidak tegur dan bukan 1 atau 2 perempuan sahaja, tapi banyak.
Quote kivio 18-10-2015 12:14 AM
BlueRose99 replied at 25-8-2015 11:29 AM
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Biasa jumpa yg jawab cenggini ...

Cakap kat dia, makan nasik hari hari tak tunggu seru pun.

Ker ade Tuhan sampaikan utusan dalam mimpi suruh makan nasik, baru dia makan??
-___-
Quote delsmomm 18-10-2015 04:02 PM
mcm2...

pdhal dlm hp dok browse gmba bugil awek mane2 ntah...

pastu share nan kwn2 berjemaah... kihkihkih

awek2 tu saje nk tayang free...bg jejantz wat modal dlm jamban...
Quote bellaa 18-10-2015 04:19 PM
Emperor95 replied at 14-9-2015 02:02 PM
Memang seronok tengok awek cun berpakaian seksi. Tapi akhirat kelak, aku mesti teruk nak menjawap  ...

laki ye. ingat pmpn
Quote kamil8891 18-10-2015 07:08 PM
BlueRose99 replied at 25-8-2015 11:29 AM
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Biasa jumpa yg jawab cenggini ...

ayat tu org muslim paling bodoh la tu yg gune ataupon bukan muslim'''' ckp kt dia belom sampai seru ape.. dlm al quran dah berlambak2 mengajak umatnye menutup aurat... yg bg ayat ni ialah mereka yg mgkin mgaji tp xtaw maksud atau xpenah g dgar kuliah2....

#sayaPonTakPahamBahasaArab.. tp bile dgr kuliah ustaz akan translate..


Quote Emperor95 19-10-2015 08:45 AM

jangan beritahu terang2 seganlah.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.045914 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top