Oleh Izzah Abbasy Rumah bergerak? Tinggal atas air ke? Jom baca kisah ini dek kerana 'tidak mampu' beli rumah. Dalam kelas seni bina Hank seringkali membayangkan rekaan yang jarang sekali ada diluar. Seperti yang beliau pelajari selama ini, seni reka yang diajarkan adalah lebih cenderung kepada seni bangunan dan dekorasi dalaman. Beliau mengakui lebih meminati suatu yang lain dari yang lain dan unik seni binaan itu. Untuk Projek Akhir semester ini, Hank telah menemui suatu idea yang unik dan mendapat perhatian rakan dan pensyarahnya, sebuah bas sekolah yang diubahsuai dengan ruang tempat tinggal didalamnya.
Ruang tamu adalah suatu tempat yang serbaguna, dan ia adalah ruang yang paling luas berbanding ruang yang lain. Hank dapat mengaplikasikan ruang ini untuk makan, santai dan melakukan kerja. Ruang dalaman bilik tidur Hank dilengkapi dengan lampu LED dan beliau turut mengubahsuai bumbung bas tersebut dengan menyediakan ‘sunroof’ bagi menampakkan lagi kekemasan dan memenuhi citarasanya. Ruang tidur terdiri dari dua katil yang bersaiz sama panjang dan lebar. Hank mengubahsuai katil tersebut supaya ia dapat dialih dan dibahagian bawah katil itu direka untuk penyimpanan pakaian dan barangan peribadi beliau, dengan cara ini ruang dapat dijimatkan. Dibahagian kabin pula (ruang pemandu) adalah bersebelahan dengan ruang tidur. Pada bahagian ini, Hank tidak mahu menitikberatkan dan dibiarkan kepada keadaan asal. Pintu gelongsor dicipta bagi memudahkan penumpang berkomunikasi dengan pemandu. Cukup santai! Pada bulan Ogos 2013, Hank dan rakan-rakannya memulakan perjalanan menaiki kenderaan ini sejauh lebih 8000Km mengililingi benua Amerika Syarikat. Sehingga kini, Hank menjadikan bas sekolah ini sebagai ‘kediaman’ utama beliau. Catatan dan rakaman sepanjang pengembaraan beliau boleh anda ikuti sepenuhnya di HankTravelPost. Hebat! Rasanya generasi Y dah boleh memiliki bas dan jadikan rumah seperti Hank ini. Disebabkan oleh "Perumahan Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik". Betul tak? - CARI Infonet Sumber asal: hankboughtabus dan harianblogger.com |
9
Bagus |
7
Marah |
9
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
faraway1 replied at 21-8-2015 01:02 AM
tapi dah ubah suai tu semua, kemudian berapa jadi harganya...
kami menetap dalam caravan 5 bulan ...
ADVERTISEMENT