Oleh Adib Za Kisah penghijrahan penyanyi Stacy memeluk agama Islam mendapat perhatian yang bukan sedikit daripada masyarakat.
Stacy, ketika sesi sidang media semalam meluahkan rasa syukur dan juga gembira kerana hasratnya untuk memeluk Islam akhirnya terlaksana. "Ia merupakan kali pertama saya mengucapkan kalimah syahadah. Sebab itu saya mencuba beberapa kali untuk menyebutnya kerana masih ada perkataan yang tidak berapa betul sebutannya. Namun, saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana ibu bapa saya sentiasa memberikan sokongan. Saya tetap anak mereka walaupun berlainan agama, dan saya tetap merupakan orang Kadazan Dusun. Cuma agama yang berbeza," ujarnya ketika sidang media tersebut, memetik laporan Mstar online. Dalam masa yang sama, Stacy menolak dakwaan dia memeluk Islam kerana ingin berkahwin dengan Akim.
"Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri,” katanya menerusi portal berkenaan. - CARI Infonet (Sumber foto: Rotikaya)
|
6
Bagus |
7
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ferr_Remy replied at 26-8-2015 01:52 AM
Comel Stacy ni.. suka tgk video time die ckp Stacy still berbintikan Anam, bukan Abdullah smbil pelu ...
ADVERTISEMENT