Oleh Izzah Abbasy
Botox kanak-kanak? Biasa kita dengar botox kecantikan untuk wanita sahaja kan? Apa itu botox kanak-kanak? Botox atau dikenali dengan Botulinum Toxin (BTA) adalah rawatan kecantikan antipenuaan. Suntikan Botox Rawat Palsi Serebrum Bahan kandungan suntikan botox yang digunakan untuk rawatan kanak-kanak palsi serebrum adalah sama dengan kaedah rawatan kecantikan botox bagi anti penuaan. TAHUKAH anda, botox iaitu sejenis protein semula jadi yang dihasilkan oleh Mikro Organisme, Clostridium Botulinum sebenarnya sudahpun lama digunakan dalam beberapa rawatan perubatan untuk beberapa penyakit. Ini termasuklah, strok, migrain, kecederaan otak, palsi serebrum, sklerosis berbilang dan kecederaan saraf tunjang. Perunding Perkembangan Pediatrik dan Neurologi, Dr Malinee Thambyayah berkata, kaedah perubatan suntikan botox sudah berkurun lama diperkenalkan malah digunakan secara meluas dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak bagi menangani beberapa masalah; terutama berkaitan neurologi yang menyebabkan gejala fizikal seperti lemah atau lumpuh, kehilangan mengawal pergerakan otot, kekejangan dan ketegangan otot secara tiba-tiba. RAWATAN: Suntikan botox diperlukan untuk menguatkan otot kanak-kanak palsi serebrum. Beliau berkata, rawatan suntikan botox juga sudah digunakan sejak beberapa tahun lalu bagi kanak-kanak palsi serebrum iaitu sejenis penyakit keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan penyelarasan pada anggota tubuh. Bahan kandungan suntikan botox yang digunakan untuk rawatan kanak-kanak palsi serebrum adalah sama dengan kaedah rawatan kecantikan menggunakan botox bagi anti penuaan. Malah, kaedahnya juga sama iaitu melalui suntikan. - CARI Infonet
|
9
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT