Oleh Fyruz Hanna
Situasi 1: Ahmad dibebani dengan kerja yang sangat banyak, dengan dokumen dan kertas kerja yang bertimpa-timpa, dengan daftar fail yang harus Ahmad jaga, akaun syarikat, pendek kata Ahmad tidak pernah bertemu dengan matahari ketika balik, kadang-kadang sehingga lewat pagi baru siap kertas projek. Tapi Ahmad ada bos yang sangat memahami, sentiasa memberi galakan dan sokongan. Situasi 2:
Yusuf seorang pekerja yang efisyen. tahu uruskan masa untuk menyiapkan bebanan kerja tepat pada masanya. Sentiasa memberi idea untuk mengembangkan lagi kemajuan syarikat. Yusuf juga mempunyai 'team' yang sangat bagus bekerja dan mudah memberikan kerjasama, pendek kata Yusuf senang dengan kerjanya sekarang. Tapi yusuf ada seorang ketua yang cerewet, yang tidak pernah memahami kehendak pekerja. Habis dimaki depan orang lain, dijatuhkan air muka didepan rakan kerja lain. Untuk kedua-dua situasi di atas, yang manakah yang anda rasa anda lebih senang? Adakah situasi 1 ataupun situasi 2? Tak kira anda yang baru dalam alam pekerjaan, sudah lama, adakah anda pernah mengalami situasi teruk dalam alam pekerjaan. Memang tak akan ada yang pernah berkata tidak bukan? Pastinya masalah dalam pekerjaan ini bukan satu masalah baru. Ada sesetengah dari kita, tak kisah kerja seteruk mana asalkan bos baik. Dan ada juga yang tak boleh dibebani dengan kerja yang banyak dan tak kisah perangai bos teruk pun. Adakah kamu pekerja yang tak gembira, asyik stress, dibebani dengan kerja yang bertingkek-tingkek, terlalu banyak bil yang perlu dilunaskan serta duit yang memang sedia tak ada. Perkataan 'bos, bos teruk, mangsa' jika semua perkataan ini selalu terkeluar dari mulut anda ataupun dari mulut rakan anda sudah pastinya anda sebenarnya mempunyai bos yang teruk. Pernah tak rasa: dimalukan, moral down, tak gembira, under paid, kerja masa yang lama, direndah-rendahkan ia semua tanda anda mengalami keadaan bos teruk. Walau apa pun yang kamu rasakan sekarang, kamu tidak pernah salah kerana kita masing-masing yang paling tahu siapa diri kita. Tahniah buat anda yang mampu bertahan sehingga hari ini untuk ke dua-dua situasi yang anda alami. Ketahuilah anda sememangnya insan yang lebih kuat dari semalam dan akan bertambah kuat lagi untuk masa akan datang. Walau apa pun dugaan yang kamu alami ditempat kerja, ketahui cara untuk melepaskannya tekanan kerja dengan cara yang betul antaranya: 1. Bercuti dan ambil cuti yang panjang 2. Berehat dari terlalu mengejar cita-cita anda 3. Belajar untuk berkata 'tidak' kepada bos dengan sopan 4. Terapkan minda yang positif Jika semua perkara yang anda lakukan masih lagi memberikan anda tekanan, jangan biarkan ia membarah, cuba berdiskusi untuk mencari jalan keluar. Ingatlah stress merupakan punca utama kepada masalah kesihatan yang lebih serius. -CARI Infonet.
|
21
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:08 PM
better kerja teruk bos ok... paling xsuke bos lahanat... semua letak atas bahu kite... huhu lepas tu ...
hari jumaat ni pun xboleh balik awal.. huhuhu
kentel replied at 28-8-2015 07:10 PM
???? da knape xleh balik awal....ko slalu OT ker?
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:08 PM
better kerja teruk bos ok... paling xsuke bos lahanat... semua letak atas bahu kite... huhu lepas tu ...
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:19 PM
bukan OT.. ya dipanggil ot tapi sejenis ot yang tak boleh claim duit mahupun jam cuti...
miabebe replied at 28-8-2015 07:21 PM
Mia prefer keje baik nan boss baik
sabbath_shalom replied at 28-8-2015 07:37 PM
Sama la paling tak suka bos bangang bodoh bahalol....lepstu perasan bagus..
Bos garang pon x b ...
Mary_jane replied at 28-8-2015 07:04 PM
Kerja teruk, bos teruk. So apa pilihan aku ada selain hari2 pikir nak quit?
kentel replied at 28-8-2015 07:37 PM
tak refer dkt pejabat buruh??
LolaLoly replied at 28-8-2015 07:19 PM
bukan OT.. ya dipanggil ot tapi sejenis ot yang tak boleh claim duit mahupun jam cuti...
miabebe replied at 28-8-2015 07:39 PM
Yup stujukkkkkkkkk!.!.!.!.!
ADVERTISEMENT