CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Orang Muda Gugur Rambut

1-9-2015 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 37475| Komen: 71



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://blog.cc.net.my/



Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.


sumber foto : http://4.bp.blogspot.com/


Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.



sumber foto : http://a.abcnews.com/


Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.


Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.


Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.


Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. 

sumber foto : http://kedaivitaminkita.com/


Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.


Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.


Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.

sumber foto :http://honey-care.com/


Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. 


Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.


Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. 


Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur. - CARI Infonet




9

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote decrypt 14-9-2007 12:50 PM
Dah cuba pegi Yun Nam hair care ke?
Quote bubpallo 14-9-2007 01:50 PM
Originally posted by decrypt at 14-9-2007 12:50 PM
Dah cuba pegi Yun Nam hair care ke?



kalo mao botak lagi g lah yun Nam tu........huhuuuhuuuuu...kawan i bertambah botak ag ader la kene penangan si Yun Nam tu....
Quote princess_kunang 14-9-2007 02:41 PM
da pegi..x jadi jugak..ada pape ubat tradiosional x?
Quote shahx 14-9-2007 07:55 PM
kalo sbb keturunan susah la...
Quote elsiealaia 14-9-2007 08:39 PM
kalau masih peringkat awal ok lah. tapi botak pada lelaki selalunya 100% keturunan.
cuba dapatkan ubat called finasteride/propecia. tapi kena jumpa doktor. lepas tu kena pakai rogaine 5%.
kalau diperingkat awal masih boleh lagi diselamatkan.
Quote princess_kunang 14-9-2007 08:44 PM
alamak..rasanya tunang PK ni keturunan kot..sbb atuk ngan pakcik dia pon sama..dia da kronik da..memang da sparuh kepala da botak..siannya tunang aku
Quote supermod 15-9-2007 01:42 PM
kalau ketrurunan, memang dah tak buleh..

ko carik je lah tunang baru
Quote mata_bulat 15-9-2007 06:14 PM
Originally posted by supermod at 15-9-2007 01:42 PM
kalau ketrurunan, memang dah tak buleh..

ko carik je lah tunang baru


suka ati ko je
Quote decrypt 15-9-2007 09:54 PM
Terima aje la seadanya..

Semoga kekal bahagia bersama tunang tercinta..
Quote princess_kunang 15-9-2007 10:19 PM
ermm..taleh da ehh..takpe la..PK nk cuba bantu dia..PK trima dia seadanya,..
Quote shahx 16-9-2007 12:22 PM
try pakai aily hair.. tanye si mata bulat tu...
Quote iza_yuss 16-9-2007 10:35 PM
org kata kalo tradisional...pakai minyak kelapa kan?
Quote samilzdaf 17-9-2007 08:10 AM
mnyk tu x dicmpur ngn ape2 ker?
Quote atomicman 17-9-2007 09:10 AM
pakai minyak tanah

hahaha...memain ja...if keturunan susah la nk ubat...try la tanam rambut...
Quote clairekimberly 19-9-2007 11:38 AM
abg kita pon botak tepi kiri kanan...tgh2 ada rambut..sebab dia keje kilang chemical...kesan chemical tu pada rambut dia sampai jadi botak...pastu kimb belikan ubat dari japan...dia buat dari ekstrak apa tah campuran buluh japan...dlm botol rege dlm rm70lebey cmtu laa...bau dia cammne ek nak cakap...bau ubatlaa...pastu kalau letak atas kulit kepala cam minyak angin berangin pastu terus meresap..tapidia pakai 2 3kali je ..sebab dia pemalas....tokey salon yg kimb pegi tu pompuan..dulu dia botak depan..dia kata lepas dia pregnant rambut dia yg depan gugur banyak sampai botak ...so dia pakai ubat yg dia syorkan kat kimb tu..siap tunjuk gambar lagi..dulu dia botak depan   tekejut gak tgk...sebab pompuan botak kan..pelik kan...pastu tgk rambut dia skang...memang lebat elok ..cantik lak tu....tumbuh cam bese..tu pasal dia syorkan sape2 yg botak pakai ubat tu tak kira lah dia botak tu disebabkan keturunan atau kerja atau pemakanan...seme boleh tumbuh balik dia cakap...abg haku tu pemalas   hangat2 taik ayam..kalau tak rambut dia dah tumbuh elok dah..dlm family kitaorg dia je camtu..takde rambut kiri kanan nanti kimb check apa nama ubat tu ek...rasanya susah kot nak jumpa..sebab tokey tu beli masa dia pegi japan dia cakap..tapi try laa tanya mana2 kot ada
Quote elsiealaia 26-9-2007 10:01 PM
sebenarnya senang je nak tau kalau keturunan atau tidak. kalau atuk dan bapak botak sure anak lelaki botak...nielah keturunan. perempuan pulak beza sebab pompuan botak tak semestinya keturunan.

kalau u all pergi google and type androgenetic alopecia than u all boleh baca
secara terperinci apa beza botak lelaki and perempuan. so far tak ada ubat cuma ubat untuk melambatkan keguguran ada. sebab tulah lelaki mat saleh pegi tanam rambut sebab semua ubat dah cuma tapi tak berjaya. pompuan senang sikit kalau ur mom tak ada masalah rambut than sure u  r ok. pompuan boleh cuba apa aje ubat rambut sure boleh tumbuh kecuali keturunan. No hope.

ada satu teknologi baru sekarang nie yang sedang hangat diperkatakan di britain. satu bioteknology company dibritain telah cuba mengklonkan rambut so tengah
dlam proses peringkat kedua atau Phase 11. result baru keluar semalam mengatakan bahawa 9 orang yang diklonkan rambut dibahagian botak  telah tumbuh dari 13% ke 113 %. . A very good news actually for lelaki yang botak as well untuk pompuan. Tunggu dan lihat hasil nya dijangka result seterusnya akan keluar pada pertenghan tahun depan 2008. kalau berjaya and ada harapan lah kaum2 lelaki yang botak.
Quote Uncle_K 27-9-2007 12:45 AM
lelaki botak kan kaya...
Quote mata_bulat 3-10-2007 04:26 PM
Hari tu teman ada jumpa sorang lelaki dia beli produk teman ni, syampu ganozhi, minyak gano dan tonic rambut. dia jumpa teman pakai topi tak nampak le rambut botak kut  muda lagik rambut dah kurang......tadi dia antor email dengan dengan teman........dia kata rambut dah mula tumbuh, teman rasa dah sebulan dia pakai..........barulah teman berani nak sembang sebab ada yg info ada perubahan.
Quote abudin 10-10-2007 02:07 PM
aku botak keturunan aku pakai ubat made in russia..ok rambut aku tumbuh balik...sapa kata NO HOPE?tapi ubat tu mahal..kawan aku belajar medic kat sana beli..now aku tak payah nak pakai cap atau kopiah putih tutup dahi aku yg hampir nak botak tu..tumbuh semula jadi..bapak aku datuk aku semua botak licin..sebab tak usaha cari ubat...zaman moden tak benda yg tak boleh di ubat..kecuali aids tu memang takde ubat la

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.290250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top