CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mentaliti Malu Bawa Bekal 'Time Lunch', Kenapa Hanya Melayu Malu?

2-9-2015 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 27486| Komen: 280

Oleh Fyruz Hanna



Memang sangat pelik apabila mentaliti orang melayu khususnya apabila berbincang mengenai bawa bekal, memang bukan pilihan malah seboleh-bolehnya mengelak untuk membawa bekal ke pejabat.


Lelaki Melayu terutamanya memang  jarang ataupun seakan pupus lelaki membawa bekal ke pejabat yang sememangnya mempunyai banyak manfaat.

Jika kita lihat kaum lain khususnya Cina, mereka bangga dengan bekalan yang dibawa kerana mereka lebih percaya khasiat dari rumah yang sememangnya tidak diragukan.


Penulis sendiri pernah diajukan soalan sebegini oleh rakan kerja seorang lelaki cina yang merasakan fenomena lelaki melayu dengan bekalan adalah sangat jarang malah boleh dikatakan tiada.

Untuk wanita melayu juga jarang-jarang mereka membawa bekal. Jadi apa sebenarnya yang berlegar dalam kepala otak orang melayu yang tidak menggemari aktiviti membawa bekal?

- 'Kau ini tak ada duit sangat ke?'
- 'Kau ini macam perempuan lah bawak bekal.'
- 'Isteri kau queen kontrol ke?'
-' Kesian hari-hari mengadap bekal.'

Biasa kan dengar, dikalangan kita, jika melihat atau berbincang mengenai perkara ini pastinya kita meletakkan diri kita pada kalangan yang tidak menggunakan bekal tersebut.


Antara kebaikan membawa bekal ke pejabat:

1. Jimat
Memang menjimatkan anda kerana, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar dan boleh mengaturkan sendiri diet makanan anda.

2. Makanan yang berkhasiat dan seimbang
Sememangnya, anda akan masak bekalan anda dengan seimbang tanpa perlu memikirkan kolestrol serta minyak dalam masakan.


3.Eratkan hubungan kekeluargaan
Dengan cara membawa bekal, suami dapat menghargai masakan isteri dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri.

Ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi, kikis mentaliti bawa bekal sesuatu yang memalukan. Pujian harus diberikan kepada mereka yang mampu menangkis perasaan malu kerana tiada yang salah dengan membawa bekal. Semoga ia menjadi satu budaya yang dibanggakan suatu hari nanti.  - CARI Infonet.
15

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote +#$!= 2-9-2015 01:44 PM
Sukahati masing2 ar
Quote sayang_mulut 2-9-2015 01:44 PM
current issue ke sis?? nape tak masukkan ke dalam family discussion?
Quote idadzira 2-9-2015 01:45 PM
Betul tu.....anak2 aku cukup suka kalau pagi2 aku sediakan bekal nak bawa gi sekolah, hatta yang tadika tu pun excited nak bawa bekal walaupun bekal air je. bangga boleh tunjuk kat budak lain yang mak dia sediakan bekal utk dia.

kalau sempat I prefer bawa bekal tapi asyik x menyempat je
Quote namirulmukminin 2-9-2015 01:46 PM
Kutuk Melayu, jilat cina.. tu je la keje TT sejak Bershit hari tu.. Phuiii!!!
Quote cekelatkopi 2-9-2015 01:48 PM
alaaa sukanya movie bollywood lunchbox tudalam train husband bole potong sayo bawang
Quote Simunggu 2-9-2015 01:51 PM
saya tidak malu...
Quote krustykrab 2-9-2015 01:51 PM
Bukan ta suka....tp tak de masa nk prepare
Quote ajinomotonosuga 2-9-2015 01:52 PM
sengal.. tadak kene mengene ngan bangsa or gender pun

bukan sebab malu..sebab malassssssssss...lecehhh..apa pun yang melecehkan takkan popular

instant..itu mott hidup moden..segalanya iNSTANTLY, OR SEGERA tu pasal mee pun ada segera..pandai sapa buat tu

manusia ni depa nak segala nya SEGERA !  lapaq? jom mamak aaa gitu teriakkkkk jek mamakkkk bla bla bla ready dah ..bayaq je abis cite

tu pasal CASH IS KING kata jibby

bukan soal malu, bukan soal gender, bukan soal bangsa tapi PILIHAN YANG ADA TERBUKA dengan ada nya kuasa RINGGIT MALAYSIA

berapa ramai yang dinner depa tapau lauk? yang bawak bekal ke opis pun nanti balik malam depa tapau lauk..tinggal masak nasi jek..buat apa lagu tuh? pi laa masak segalanya..pasal nak tapau

dah menjejas motif berbekal ke opis

artikel bodoh..wartawan mesia memang takdok class..bodoh mengalahkan lembu..mosty ler..looowww classsss
Quote harkktuih 2-9-2015 01:52 PM


caption x seiring dgn gamba..
mohon tukar ngan gamba mat sabu baru seswai..
Quote spiderman80 2-9-2015 01:53 PM
Wartawan Cari perlu laporkan benda ini dengan mengaitkan kaum ke?
Quote little_sis 2-9-2015 01:54 PM
aku mmg bwk bekal bbrp thn lepas, hari2.. mmg x kluar duit belanja sebab bwk utk bfast n lunch + kudapan sekali.. mcm2 menu aku buat wpun kelam kabut sikit ar pagi2.. tp sampai 1 masa tu cam ketepuan idea pastu rasa bosan sgt2 mkn bekal.. so skrg aku masih bwk bekal tp x la mcm dulu.. ada hari2nya aku mkn kat luar gak.. saja je nk mevariasikan... bosan gak..
Quote nikaido 2-9-2015 01:55 PM
Nanti xde alasan nak keluar lunch 2-3jam kl bwk bekal mkn Kat pejabat
Quote bellaa 2-9-2015 01:56 PM
Aku penah kena statement no 4.. Masa tu noob, zaman praktikal.

Cilakak punya cina bukit :
Quote belilies 2-9-2015 01:56 PM
Bini derang xde masa nak prep kot.. Klu yg bujang tu tggl ngan mak lg xpelah. Skrg ni bini ramai yg bekerja tolg laki sapot finance.

Btw, aku nak tau, yg gbr laki hindi cium mangkok tingkat tu, dari filem apa ek?
Quote zafira 2-9-2015 01:59 PM
terpulang kat diri masing-masing nak bawa ke taknak....

bagi aku ok jer bawa bekal...dah bertahun-tahun macam ni...  suami pun sama... cuma dia makan tuk bekfas aje... tak kiralah bekal tu heavy atau ringan.... time lunch dia makan roti canai... malam baru makan nasi...

Quote myjieja 2-9-2015 02:01 PM
Breakfast hari2 bawak bekal..dah mmg masak pagi2 anak nk pegi sekolah...bawak jek la...lunch x de r..sarapan je bawa bekal..
Quote Themilo 2-9-2015 02:04 PM
iols suka gak sebenarnya bawak bekal, the problem is, iols tak nak la menyusahkan mother iols yang nak kena bangkit awal untuk prepare. Nak harap iols masak sendiri, memang tak sempat la sis..
Quote prettyuglybabe 2-9-2015 02:04 PM
dulu kerja company cina, takde pun nampak dorang bawak bekal..
tiap kali lunch segerombolan la kuar gi makan..
melayu ada la juga nampak yang bawa bekal..
so mana punya fatwa cina bangga bawak bekal gi office?
bawak botol air besar gabak, ye..
tu pun penuhkan guna air dari filter yang company provide
Quote hatikudus 2-9-2015 02:05 PM
Aku bawak bekal ok je...takdak malu pun. Cuma kdg2 aku tak bwk...bila ada apmt kat luar.
Sekian

Lihat semua komen(280)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.440831 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top