CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Nak Beli Rumah? Lupakan Sahaja!

7-9-2015 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 49905| Komen: 441

Oleh Adib Za

Harga rumah di negara ini sememangnya diakui 'cekik darah' dan tidak masuk akal. 


Anda mahu membeli rumah? Jikapun anda seorang doktor mahupun jurutera, jangan haraplah pinjaman bank anda lulus dengan mudah.

Lebih baik lupakan sahaja. Mengapa? Kajian terbaharu oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati harga rumah di Malaysia bukan sahaja sangat tidak mampu dimiliki, malah ia mencatatkan 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia!


Bagaimana nasib rakyat Malaysia 10 tahun akan datang dengan harga mendadak yang ditawarkan oleh pengusaha perumahan tamak ini? (Sumber foto: metrotvnews)



Kajian itu yang dipaparkan menerusi akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini, bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan semakin ramai yang hilang harapan dan memendamkan sahaja impian untuk memiliki kediaman mereka sendiri.

Penulis sendiri tidak memahami, bagaimana rumah berkonsepkan kondominium di sekitar Lembah Klang boleh dijual dengan harga RM800,000 sedangkan ia bukanlah memiliki fasiliti luar biasa, dengan keluasan sederhana dan lokasi yang bukanlah terlalu strategik pun.

Kajian itu juga memaparkan pemilikan rumah di Kuala Lumpur adalah sekitar 53.5 peratus sahaja, berdasarkan banci penduduk 2010. Bagaimana dengan nasib 50 peratus lagi penduduk? Menyewa sehingga kiamatkah?

Antara luahan tentang harga rumah orang kebanyakan. (Sumber foto: 20centscheaper)


(wakdi.com)


Jika waktu ini rumah berkeluasan bawah 1,000 kaki persegi itu sudah mencapai hampir RM1 juta seunit, bagaimana agaknya nasib masyarakat dalam masa 1hingga 20 tahun akan datang? Tidur berbumbungkan langit mungkin?

Sebagai rakyat, apakah pandangan anda dan cadangan solusi yang boleh dilakukan? Apa kata anda? - CARI Infonet

5

Bagus
9

Marah
4

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote +#$!= 7-9-2015 01:14 PM
Sendiri tak mampu jangan sangka orang lain pun sama
Quote CrowneGlory 7-9-2015 01:16 PM
Developer org apa? Selayaknyalah....
Quote monyet_2015 7-9-2015 01:17 PM
nak bagi harga rumah turun di sesebuah bandar senang jer..bina sebuah logi nuklear..atau logi proses arang batu...kompon harga hatuh merudum..
Quote LolaLoly 7-9-2015 01:22 PM
+#$!= replied at 7-9-2015 01:14 PM
Sendiri tak mampu jangan sangka orang lain pun sama

mungkin awk x terkesan kot ng berita ni... tapi








lola memang xmampu nk beli sejak 3 tahun lepas.. huhu and makin malap nmpknye nk ada uma sndri
Quote +#$!= 7-9-2015 01:23 PM
CrowneGlory replied at 7-9-2015 01:16 PM
Developer org apa? Selayaknyalah....

Pemaju dari kaum melayu, cina, asing serta syarikat kerajaan
Quote kecimpret 7-9-2015 01:24 PM
LolaLoly replied at 7-9-2015 01:22 PM
mungkin awk x terkesan kot ng berita ni... tapi

lola bajet bape?..kalo 300k ada rumawip...khas utk first time homebuyer yg duk dan keje kl..kalo bajet bwh dari tu rumah selangorku pun ada tp address selangor laa
Quote haruslah 7-9-2015 01:25 PM
ramai mampu beli umah mewah

n ramai jgk tpaksa beli rumah rakyat so called sume tu

utang sampai mati

kalau mampu bli umah teres...yg xmampu hadap la umah flat dsbnya

p/s: umah utk generasi ke2 felda turun harga rm70k, x igt aku
tp PM kata kita turun kn spec, kurangkan keluasan dr 1000kps ke 800 kps
katanya mampu hidup wp umah besa tu....

Quote +#$!= 7-9-2015 01:31 PM
Pekerja utusan ingat semua bumiputera miskin macam mereka. Katak bawah tempurung pulak tuh. Tak pernah pergi tinjau sendiri kaum mana paling ramai merempat
Quote primemova 7-9-2015 01:31 PM
Nanti bila dh siap mrt dan lrt extension lagi la naik harga rumah disekitar.... Makin byk la byr installment rumah... Dpt jimat kat kos pengangkutan tp terpaksa byr lebih utk housing.... ujung2 sama je ....
Quote tokwan_jantan 7-9-2015 01:38 PM
tak tahu nak cakap apa, harga rumah sekarang ni macam tak mampu dikawal lagi oleh kerajaan... lagi sedihnya, kerajaan pun tumpang semangkuk memenangkan pemaju menawarkan harga rumah yg gila2!
Quote JohnPuteh 7-9-2015 01:38 PM
Kalau nk beli rumah jangan nak memilih sgt..rata2 yg xmmpu beli tu semua yg memilih rumah..gaji ciput cita2 tinggi..mmg lah xkan tercapai bintang dilangit..saya sendir pun bergaji ciput tapi usaha sampai jumpa harga rumah yg mmpu nk beli..Yang penti rajin buat survey..Alhamdulillah saya dapat jgk beli rumah dkt kwasan hot spot di tgh bandar KL dengar harga RM150,000.00..walaupun xbesar xleast ada jgk rumah..
Quote dubuk 7-9-2015 01:41 PM
rumah itu cuma atap tingkap pintu dinding

mari berhutang jadah sampai mampus
Quote Themilo 7-9-2015 01:42 PM
angkara kapitalis & opprtunis sis..
Quote tagas 7-9-2015 01:43 PM
Aku laki bini keje gred 41 ni pun rase perit nak beli umah

Ni kan lg gred bwh2 kerani par bagai
Quote dubuk 7-9-2015 01:44 PM
tokwan_jantan replied at 7-9-2015 01:38 PM
tak tahu nak cakap apa, harga rumah sekarang ni macam tak mampu dikawal lagi oleh kerajaan... lagi s ...

kempen rakyat didahulukan rupanya tak lain tak bukan 'menipu' semata mata

Quote Modngengade 7-9-2015 01:45 PM
kalau tak mampu duduk jer kat rumah pprt sis.....selayaknyalah
Quote spiderman80 7-9-2015 01:47 PM
+#$!= replied at 7-9-2015 01:31 PM
Pekerja utusan ingat semua bumiputera miskin macam mereka. Katak bawah tempurung pulak tuh. Tak pern ...

Sayang, awak dah bersalin kulit pun masih nakal ya?
Quote duniaku85 7-9-2015 01:50 PM
org kampung ramai jual tanah kepada deloper perumahan..
last2 sebijik rumah pun tak mmpu nk beli
Quote sashin 7-9-2015 01:51 PM
ada betulnya berita ni.. brp percent je bumiputra yang mampu beli rumah kat KL ni ??
and jgn nak menghina kata melayu tak rajin cari duit,pemalas n ect..
kat company aku ni banyak jer cina pemalas..dok kipas memanjang gaji double dari kami yang berkulit tak begitu putih ni.. nak cakap kerja depa bombastic banyak ja error..byk jer complaint...

Lihat semua komen(441)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051955 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top