CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

3 Tip Motivasi Diri Agar Kelihatan Muda

7-9-2015 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 30866| Komen: 6

Oleh Izzah Abbasy

Bukan senang untuk memotivasikan diri sendiri. Memerlukan kekuatan dan semangat dari dalam diri. Tip motivasi melalui kesihatan seterusnya membawa kepada hidup yang baik dan memudahkan kita melakukan perkara yang baik. Pelbagai kajian saintifik telah membantu kita untuk kekal sihat, muda dan hebat.

Jom amal. Semoga ia membantu kita untuk sentiasa bersikap positif sepanjang hari.

1. Amalan berpuasa menyihatkan badan & menajamkan fikiran


Kecerdikan dan kebijaksanaan Imam Syafie ini antaranya disebabkan oleh amalan puasa dan pernah suatu hari dia menceritakan bahawa sudah 16 tahun tidak pernah merasa kenyang. Ini kerana lapar dapat menajamkan fikiran dan kenyang akan melembabkan daya fikiran. Malah dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda: "... berpuasalah nescaya kamu menjadi sihat dan mengembaralah nescaya kamu menjadi kaya." - Hadith Riwayat Tabrani

Di dalam sebuah kajian sains ada menyatakan mengenai "fasting therapy" terapi puasa memberi manfaat sepertimana Dr Allan Colt (USA) menyimpulkan faedah puasa :

  •     Tekanan darah dan kadar kolesterol dapat dikawal,
  •     Nafsu seksual terkawal
  •     Mengendurkan ketegangan
  •     Menajamkan perasaan
  •     Mampu menguasai diri
  •     Melambatkan proses penuaan
  •     Meningkatkan daya tahan tubuh

Oleh yang demikian, adalah disarankan kepada kita semua agar mengamalkan puasa dengan lebih kerap atau semampunya bagi untuk kekal sihat dan muda dengan izin Allah Ta'ala.


2. Khasiat madu lebah asli meningkatkan kesihatan badan



Lebah adalah antara yang disebut dengan terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.

Kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Madu lebah dapat merawat penyakit seperti :

Asma - Haid - Resdung - Alahan - Jerawat - Rambut gugur - Barah - Letih - Sakit kepala - Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang - Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi - Batuk - Mata - Sukar tidur - Darah Tinggi - Pening - Gastrik


3. Rahsia bangun malam (Qiyammuallail)



Mengamalkan qiyammualail ini untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Meneliti hadis sahih Nabi berkaitan qiyammualail ini antara fadhilatnya adalah :

Dua raka’at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. HR Adam bin Abu Iyas

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah bersabda: “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni” - HR Bukhari

Bahawasanya Allah SWT bermegah dengan hamba-hambanya yang bangun di tengah malam kerana beribadat. Berfirman Allah di hadapan malaikat: "Lihatlah hamba-hambaku itu, mereka telah bangun di tengah malam kerana di waktu tiada seorang pun hambaku melihat mereka kecuali aku. Wahai malaikat, saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka syurgaku tempat tinggal kehormatanku" - Hadith Qudsi

Tiga motovasi diri ini jika diamalkan nescaya mengubah kehidupan kita. Jika mahu kaya, berjaya atau bahagia, maka berqiyamullail dan berdoalah kerana waktu mustajab ada di sepertiga malam. Mintalah apa jua yang baik-baik dengan Allah pada waktu itu. - CARI Infonet


Sumber info : www.tipmotivasidiri.blogspot.com

17

Bagus
31

Marah
20

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enKeladi 9-9-2015 12:04 PM
sangat berguna......info/tip..ini
Quote Qnqn 3-2-2017 03:25 PM
Sebenarnya semua orang nak nampak sentiasa muda, tapi tulaaa...nak buat jadi konsisten tu yang payah
Quote Fiqfiqfiq 3-2-2017 08:59 PM
Qnqn replied at 3-2-2017 03:25 PM
Sebenarnya semua orang nak nampak sentiasa muda, tapi tulaaa...nak buat jadi konsisten tu yang payah

U tgh kumpul tacang ke?  Kat sini pun u. Ada?.
Quote Qnqn 3-2-2017 09:03 PM
Fiqfiqfiq replied at 3-2-2017 08:59 PM
U tgh kumpul tacang ke?  Kat sini pun u. Ada?.

Haah laaa
Quote Fiqfiqfiq 3-2-2017 09:34 PM
Jum ak tlg kau kutip..  
Quote fromheaven 4-2-2017 07:20 PM
qiamullail memang boleh tambah motivasi diri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058583 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top