Oleh Izzah Abbasy
Bercakap pasal jodoh ni, ia sangat subjektif. Betul, jodoh dengan siapa pun bukan kita yang tentukan. Jika anda sudah berkahwin, bagaimana cara anada berjumpa dengan jodoh anda? Jom, sama-sama kita nilai. Manalah tahu, kena pula dengan anda. 1. Orang Yang Dibenci Kalau masa kecil-kecil dulu anda pernah benci atau menyampah dengan seseorang. Al-maklum lah kecil-kecil dulu hingus pun meleleh lagi. Tapi bila dah besar dan cantik bergaya, orang yang anda benci tu jugalah yang anda berkenan. 2. Kawan Sekolah Dulu Yang ni ramai. Habis sahaja belajar atau SPM, masing-masing tidak berhubung. Jumpa pun masa buat reunion. Masa ni la boleh nak usha-usha balik. Itu pun kalau ada yang masih bujang. Tapi, ramai juga yang berjumpa jodoh dari sekolah yang sama. 3. Kawan Masa Universiti Jika nak cari pasangan kat universiti adalah tempat yang memang terbaik. Biasanya hubungan anda dan pasangan akan kekal sehingga kahwin. Lagi satu, susah bila anda dah kerja dan baru nak cari pasangan. 4. Kawan Sekerja Yang ni biasa. Kahwin dengan rakan sekerja satu bumbung. Tak kiralah artis, doktor, cikgu dan lain-lain. Mudah katanya kahwin dengan orang yang kerja satu pejabat atau yang sama kerja dengan kita. Mudah nak faham tugas masing-masing. Tapi tak seronok juga kan? 5.Mak Ayah Cari Kalau dalam kategori 4 jenis orang kat atas tu tak jumpa juga, jodoh anda biasanya mak ayah akan cari. Mak ayah yang dulu lagi makan garam mesti dia akan cari yang terbaik. Ha, anda yang mana satu? Kadang-kadang, jumpa jodoh tepi jalan pun ada. Yang lagi drama, terlanggar bahu dan buku terjatuh. Masa nak tolong angkat buku, bertentang matalah pula. Dari mata terus turun ke hati. Betul tak? - CARI Infonet Sumber info : nicknashram
|
9
Bagus |
11
Marah |
15
Terkejut |
7
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
eileen80 replied at 9-9-2015 11:44 AM
panjang ceritanya.
dipendekkan, jodoh sampai di situ je...
billionman78 posted on 9-9-2015 01:33 PM
everything happens for a reason. takpe, hidup perlu diteruskan. moga dapat pengganti yang lebih ba ...
ADVERTISEMENT