CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tip Ubati Kekecewaan Hati

8-9-2015 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 2587| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Kecewa lagi?! Oh tidak!!! Sakitkan bila kecewa dengan seseorang, lagi-lagi orang yang kita sayang. sampai hati dia buat macam tu kan? Bagaimana cara nak mengubati kekecewaan hati ini?



1. Jangan salahkan diri dan orang lain


Orang kata setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya. Katakanlah anda pernah dikecewakan oleh seseorang, jangan sesekali salahkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Bukan apa, sebab kalau anda ada fikiran seperti ini lagi tertekan rasanya. Lebih baik berfikir sebab mengapa anda dikecewakan supaya anda boleh perbaiki kelemahan diri tu.

2. Dapatkan sokongan


Bila anda dikecewakan, janganlah memencilkan diri dalam bilik sehingga tak nak makan. Cuba bergaul dengan kawan-kawan sebab masa inilah sokongan daripada teman-teman rapat dan keluarga amat penting untuk ubati kekecewaan anda tu. Duduk bersendirian boleh menyebabkan anda teringat balik memori lama. Bertambahlah sedih jadinya. Bersosial dengan kawan-kawan sedikit sebanyak boleh membantu melupakan kisah sedih anda.

3. Jaga kesihatan


Ketika inilah ramai yang tidak menjaga kesihatan sebab bersedih setiap masa. Buat apa anda perlu bersedih sampai memudaratkan kesihatan diri sendiri sedangkan orang yang mengecewakan anda tu bergembira? Ingat, hidup ini tak pernah sunyi daripada dugaan dan masalah. Banyak bersabar dan sayangkan diri sendiri dengan menjaga kesihatan. Anda boleh Keluar bersukan dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan.

4. Tengok cerita lawak


Tidak dinafikan bahawa memang sakit hati dan sedih sangat bila dikecewakan oleh orang yang kita sayang. Sabar? Bukan semua orang boleh bersabar dengan masalah dan ujian yang dihadapi. Apatah lagi nak berlakon macam tak ada apa yang berlaku. Kalau macam tu, apa kata anda banyakkan tengok cerita lawak. Tak kiralah Raja Lawak, Maharaja Lawak dan cerita lawak yang lain, asalkan cerita tu dapat meredakan tekanan anda. Jangan tengok cerita romantik sudahlah. Bertambah parah nanti!

5. Luahkan perasaan

 
Jangan biarkan perasaan sedih itu membengkak dan pecah dalam dada anda. Luahkannya kepada orang yang anda boleh percayai. Kalau anda rasa malu, cuba luahkannya dengan menulis dalam diari ke. Sekurang-kurangnya dapat jugalah kurangkan bebanan perasaan yang anda tanggung itu.


Nampak macam senang sahaja untuk lakukan seperti semua yang di atas ini. Anda harus kuat, masih jauh lagi perjalanan hidup ini. Pasti anda akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik selepas ini. - CARI Infonet


Sumber info : nicknashram

10

Bagus
3

Marah
10

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061206 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top