CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Emoji Yang Sering Anda Salah Gunakan

10-9-2015 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 21835| Komen: 24

Oleh Izzah Abbasy



Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook. Jika malas untuk menaip, emoji inilah yang menjadi pengganti bagi menunjukkan perasaan atau keadaan ketika itu.

Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.

10 Emoji Yang Digunakan Secara Salah Selama Ini

Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalahertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.

Mengikut sumber, ini adalah senarai antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.


1 – Kecewa tetapi lega



Emoji ini mungkin kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya adalah perasaan lega selepas anda melalui sesuatu yang mengecewakan.

2 – Terkejut


Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut.

3 – Tenang



Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang.

4 – Terlampau gembira




Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan ‘akward’ tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.

5 – Ciuman



Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit ‘powernya’ dari emoji ciuman bersama hati.

6 – Menikmati makanan lazat



Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari.

7 – Gadis kaunter pertanyaan




Gadis ini bukan sedang berkata ‘whatever’ tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya.

8 – Kucing keletihan



Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan.

9 – Bersemangat



Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah.

10 – Tidak setuju



Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal.


Pasti tertawa apabila membaca satu persatu yang sebelum ini kita gunakan untuk memberi maksud seperti yang digambarkan. Rupanya, pereka grafik mempunyai pandangan yang berbeza pula. Jangan samapi bergaduh pula. Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. - CARI Infonet

Tetapi, jika anda seorang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh layari laman http://emojipedia.org/ untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya.


Sumber info : SK


11

Bagus
25

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 21-8-2015 04:43 PM
Ooohhh..hahahahaa
Quote gekkou 21-8-2015 04:45 PM
baru aku tau
slalu guna
6 – Menikmati makanan lazat
kalau tgh gurau
Quote whadda 21-8-2015 05:02 PM
perempuan tu ingatkan waitress... tengah angkat dulang air... ataupon nana kerrr..
Quote bungaserai 21-8-2015 05:27 PM
salah la selama ni.....hahahaha
Quote seri_mawr 21-8-2015 05:29 PM
hidung berasap tu bersemangat ruper2nya....

ingatkan tgh naik angin marah dgn seseorg...
Quote cmf_Kimmy 21-8-2015 06:21 PM
banyak yg salah selama ni rupanya...
Quote Teru2Bozu 21-8-2015 06:35 PM
aku salu guna yg idom berasap tu bila time bengang ngn geram.
Quote ipes2 21-8-2015 08:21 PM
No 10 tu marah la.
Quote samperit 21-8-2015 09:55 PM
no 5 ciuman? kantoi haha
Quote @inardni 22-8-2015 12:04 AM
Ok br tau..byk salah guna emoji ni
Quote degil81 22-8-2015 12:44 AM
no 4 tu selalu guna ..aku maksudkan mcm senyum kambing je mcm ni
rupa2nya terlalu gembira...
Quote moocoww 22-8-2015 02:23 AM
Baru tau
Quote MISZZZ 22-8-2015 02:19 PM
la... semuanya aku salah guna selama ni hahaha
Quote cauliflower 22-8-2015 02:26 PM
bebudak study kt jepun biasa takde masalah dlm pemahaman emoji ni
Quote chinta89 23-8-2015 10:57 AM
yg ptg penerima dan penghantar paham ap maksud emoji yg dihantar
Quote Artemesiaa 23-8-2015 11:09 AM
Bagus pencerahannnya
Quote purpledesire 23-8-2015 04:00 PM
ohhh..cenggitu..
Quote arffa 9-9-2015 12:41 PM
baru ku tahu. kekadang suka suki je guna emoji ni tanpa tau maksudnya
Quote Hatida 9-9-2015 04:35 PM
baru tahu selama ni salahguna emoji...kikiki

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062708 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top