Oleh : TS LOO
Yong Tau Fu ialah sejenis hidangan sup orang Cina yang berketurunan Hakka yang boleh didapati di Singapura dan Malaysia. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Di Malaysia, berikutan hidangan istimewa ini mendapat sambutan oleh semua kaum, jadi wujudlah pelbagai jenis sebutan buat sajian tersebut, antaranya yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu.
Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Sejak itu beraneka jenis sayur-sayuran dan masakan goreng turut dibubuhi sekali, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian. Versi Hakka Yong Tau Fu dikatakan sebagai versi original. Hakka Yong Tau Fu ini mengandungi kiub tau fu yang telah disumbat dengan daging cincang yang lazimnya daging ikan ataupun ayam) dan herba. Setelah itu, yong tau fu digoreng sehingga berwarna perang-keemasan, kadang-kadang direbus. Variasi bahan digunakan termasuk pelbagai campuran sayur-sayuran termasuk terung, cendawan shiitake, dan buah melon yang juga disumbat dengan cincangan daging yang sama. sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/ Secara tradisional, yong tau foo dihidangkan dalam rebusan kacang kuning bersama-sama dengan buah melon pahit dan cendawan shiitake. Menurut Malay Mail Online, terdapat lima lokasi popular buat penggemar sajian Yong Tau Fu di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Puchong, Lokasi-lokasinya adalah seperti berikut : 1) Gerai Seong Kee, No. 35, Medan Selera Petaling Jaya, Jalan Othman, PJ. 2) Restoran Wai Kei, 4 ½ Miles, Jalan Klang Lama (next to The Scott Garden), KL. 3) Puchong Yong Tau Foo, No. 105, Jalan Kampung Baru, Jalan Tembusu, Batu 14, Puchong. 4) Yong tau foo stall, Restoran Sin Hoy Kee, Kampung Cempaka, Petaling Jaya. 5) Wah Kiow Hakka Yong Tou Foo, 134-B, Lorong Peel, Off Jalan Peel, KL. sumber : https://en.wikipedia.org/ http://www.themalaymailonline.com/
|
20
Bagus |
13
Marah |
18
Terkejut |
10
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cheergirlz replied at 20-4-2017 01:20 PM
yong tau fu....mmg sdap..tp kna cr pnjual y teror wat laa..
AceHand replied at 7-5-2017 12:52 AM
[AceHand SPECTaceLAR]
Utama kena murah... Heh! Heh! Heh!
cheergirlz replied at 7-5-2017 08:00 AM
hihihihi....murah2 jgk ache, kualiti pon kna hadoo....kebersihan...tue pling utama
ADVERTISEMENT