CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Laut Aral ~ Antara Bencana Alam Sekitar Paling Buruk di Bumi

27-6-2013 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14349| Komen: 48



Laut Aral terletak di antara 2 negara, utara Kazakhstan dan juga Uzbekistan di selatan. Dikenali sebagai Sea of Island kerana pernah memiliki sekitar 1500 pulau, ianya juga merupakan sebuah tasik keempat terbesar dunia suatu ketika dahulu.

Namun semuanya telah berubah apabila 90% daripada air laut Aral telah hilang menjadikkannya sabahagian kawasan seperti pasdang pasir. Punca utama yang menyebabkan kawasan Laut Aral semakin kecil dan mengering sejak tahun 1060 adalah disebabkan sungai2 yang mengalir ke arah Laut Aral telah di alihkan oleh projek pengairan Soviet Union (Rusia pada hari ini).

Laut Aral yang suatu ketika dulu sangat kaya dengan sumber laut dan aktiviti perikanan tempatan kini telah musnah kesan daripada pengeringan air Laut ini.

Apabila Uzbekistan mendapat kemerdekaan pada tahun 1991 daripada Soviet Union, negara ini telah melakukan beberapa langkah pemulihan, namun ianya masih gagal dan sehingga hari ini, laut Aral telah terbahagi kepada dua bahagian yang masih mempunyai air. Pengecilan laut Aral ini telah dikenali sebagai salah satu bencana alam sekitar terburuk di planet ini. Beribu kapal laut dapat dilihat tersadai ditengah2 kawasan kering pada hari ini.

Lihat bagaimana manusia merosakkan alam sekitar dan juga Bumi.













Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stryder_cats 14-6-2012 10:11 AM
info menarik..air laut mengring pon kira bencana alam jgak ek
Quote epullipan 14-6-2012 11:44 AM
dalam ke laut aral ni dulu?
Quote novelloverzz 14-6-2012 12:03 PM
Reply 3# epullipan


    dalam gak rsnya sbb tgk kapal2 dia besar gak...
Quote epullipan 14-6-2012 12:38 PM
kalau base pada gambar kapal kapal tu berada dikawasan yang dulu nya macam kat tengah lau.adakah tandanya  kapal kapal tu memang sengaja ditinggalkan ditengah laut ataupon dibwa arus laut pada masa die belom kering ke area situ??
Quote lonso 14-6-2012 12:43 PM
tak tau pun selama ini.. rupenye.. sikit jek ilu pengetahuan ak
Quote alphawolf 14-6-2012 12:48 PM
Reply  epullipan


    dalam gak rsnya sbb tgk kapal2 dia besar gak...
novelloverzz Post at 14-6-2012 12:03


Dalam jugak, sehingga 300 kaki.
Quote alphawolf 14-6-2012 12:49 PM
kalau base pada gambar kapal kapal tu berada dikawasan yang dulu nya macam kat tengah lau.adakah tan ...
epullipan Post at 14-6-2012 12:38


Ada yang dibawa arus, ada yang masih terikat kat jeti!
Quote alphawolf 14-6-2012 12:56 PM
info menarik..air laut mengring pon kira bencana alam jgak ek
stryder_cats Post at 14-6-2012 10:11


Lebih 'bencana kepada alam' dari bencana alam.

Kesan pengeringan Laut Aral
1. Kawasan sekitar terdedah kepada debu beracun - sejatan daripada lebihan baja, racun serangga dan bahan kimia lain.
2. Tanah jadi tak subur sebab penimbunan garam
3. Efek cuaca, masa Laut Aral penuh, untuk kawasan sekitarnya, musim sejuk tak begitu sejuk dan musim panasnya nyaman. Setelah kering, musim sejuk bertambah sejuk dan begitu juga musim anas semakin panas
4. Kemusnahan industri tradisional - pengeringan laut menyebabkan industri perikanan hancur. Dulunya Laut Aral membekal 1/6 keperluan ikan Soviet Union. Sekarang kawasan tersebut terpaksa mengimport ikan dari luar. Industri bulu muskrat (sejenis tikus paya) juga musnah
Quote ladygempak 14-6-2012 01:25 PM
byk betul kapal2 yg tersadai....jadi rumah unta pulak..
Quote Hessa 14-6-2012 01:34 PM
dh berkarat semua kapal2 tu...agaknya kalau kering laut kat dunia ni (tu pun kuasa Allah) agaknya mcm2 benda kita boleh jmpa...
Quote novelloverzz 14-6-2012 01:41 PM
Reply 9# alphawolf


    thanks..byk info yg sy dpt...
Quote Artemesiaa 14-6-2012 02:39 PM
Kesiannya terus jadi gurun
Quote Arlina 14-6-2012 08:39 PM
i read somewhere that the lake have some kind of toxin...even the sand is very dangerous to human being
Quote merry01 14-6-2012 09:19 PM
kering kontang jadinya...
Quote HaMiZiE 14-6-2012 09:59 PM
ada nonton siri 'Don't tell my mother' ...
Kawasan ni dah jadi kawasan pembiakan Gerbil.. hasil daripada pembiakan Gerbil yang berkembang biak dengan subur menyebabkan penduduk area tu terdedah kepada penyakit bawaan keturunan tikus...
SekiranyaGerbil ni tidak dikawal.. dunia akan ditimpa plaque yang boleh menghapuskan manusia dimuka bumi nie
Quote ninja boy 14-6-2012 10:01 PM
masa sekolah rendah dulu tgk atlas mmg besar tasik ini, zaman dulu mana ada google map tgk online
Quote zaliyana 15-6-2012 12:04 AM
xsangka ada laut boleh kering...
Quote langit_biru18 15-6-2012 12:13 AM
kesian tgk kawasan tu..sampai kering kontang jadinya..{:3_83:}
Quote haniryan 15-6-2012 04:06 AM
Punca utama yang menyebabkan kawasan Laut Aral semakin kecil dan mengering sejak tahun 1060 adalah disebabkan sungai2 yang mengalir ke arah Laut Aral telah di alihkan oleh projek pengairan Soviet Union (Rusia pada hari ini).



hasil tangan2 manusia... kesian bumi

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053796 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top