CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Tegur Anak Bising Sangat, Lelaki Ini Ajak Orang Boikot Magnum Kafe

7-10-2015 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 30170| Komen: 361

Oleh : Fyruz Hanna

Pastinya jika anda ke Magnum Cafe, anda pasti mengidam untuk makan variasi aiskrim yang banyak dan sedap dan itulah yang dilakukan oleh satu keluarga sebelum memutuskan ianya untuk kali terakhir.


Mengapa?

Kerana anaknya menangis dan merengek dengan kuat sehingga ia yang mengganggu suasana. Bapa kepada kanak-kanak terbabit seterusnya memuatnaik status "kecewa" dengan layanan kafe terbabit.

Menurut status yang dimuatnaik, lelaki ini mendakwa didatangi oleh staf yang bernama "May" yang meminta untuk menghentikan tangisan anaknya.


"Sebagai seorang pelanggan, saya juga cuba untuk menenteramkan anak saya. Sepanjang saya mengunjungi ke mana-mana tempat makan mahupun di hotel bertaraf 6 bintang, kami tidak penah diperlakukan sebegini," dipetik dari status tersebut.


Amukan status lelaki ini akhinya diakhiri dengan ajakan untuk memboikot premis terbabit.

Magnum Official membri respon kepada status terbabit dengan mengatakan kes ini telah diangkat kepada pihak atasan bagi sisasatan selanjutnya.


Ada yang menyokong tindakan lelaki ini namun tak kurang juga yang mengkritik tindakan lelaki ini yang sepatutnya tidak memuatnaik gambar pekerja dan seharusnya melaporkan kepada saluran yang betul.

Apa kata korang? -CARI Infonet.


Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 7-10-2015 12:54 PM
jilaka cina pprt, lu nk anak lu bising gi kedai mamak je...org lain pun byr jg...bukan lu paw itu satu kedai magnum cafe
pui
Quote puterikhaleeda 7-10-2015 01:01 PM
len kali suh kastemer yg komplen.... acik selalu cam tu.....mmg bising kekadang anak merentan... lagi nyampah.. mak bapa sebuk layan fb.. anak ketuk meje dgn sudu garpu bagai....
Quote :::: 7-10-2015 01:05 PM
Bideo ada bideo ?
Quote haryatie 7-10-2015 01:07 PM

kalau budak lasak sgt pun
aku pun stress tengok..
mcam mengganggu jerk ketenteraman org lain..
pandai2 la jaga ank sendiri jgn buat org menegur/menyampah..
tp ada jugak makbapak cam ni
time jerebu ni..ada makbapak bawak ank dtg ofis..sekolah@nursery tutup
ntah makbapak jnis apa smpai terleka ..
ank dia org boleh conteng dokumen rasmi atas meja org lain..
smpai kwn aku jerit2 ank sape punya keje
masing2 x ngaku ank dia org..buat2 bodoh...mangkuk betulll
klau ank jenis x usik barang2 org x per
org kata x reti ajar ank marah pulak..
Quote supirnakal 7-10-2015 01:07 PM
abang supir bagi 5 mintang sb.. kalau xde kaum yg satu tu pun hokei
Quote jazaa100 7-10-2015 01:08 PM
kesian pekerja tu....

keselesaan pelanggan lain pun nak dijaga gak.....
Quote Abangspek 7-10-2015 01:08 PM
ler... anak sendiri bising, ganggu orang lain. Orang lain pun bayor gak. Ni spesis bawak budak kecik tengok panggung wayang pastuh bising-bising la ni kut.

Nak orang bertimbang rasa kat dia, tapi dia taknak pulak fikir kat orang lain sebelum dia pergi situ
Quote ifanonline 7-10-2015 01:09 PM
ade juga mak pak yg tak peduli anak buas dan nakal...it all boils down to the parent
Quote jazaa100 7-10-2015 01:09 PM
puterikhaleeda replied at 7-10-2015 01:01 PM
len kali suh kastemer yg komplen.... acik selalu cam tu.....mmg bising kekadang anak merentan... lag ...

dah lah merentan, blh lari-lari keliling meja lak.....


kang kata tak reti jaga anak, marah pulak.....

Quote Teru2Bozu 7-10-2015 01:11 PM
Edited by Teru2Bozu at 7-10-2015 05:14 AM

ok. paham.
Quote mrsamz 7-10-2015 01:14 PM
Kalo anak nangis2 bawak la dia g jalan2 dulu..bila budak dah lega dari tangisan dia..bawak la masuk semula ke kafe..common sense la bongok...takkan tu pun nak ajar
Quote iniaroonz 7-10-2015 01:15 PM
haryatie replied at 7-10-2015 01:07 PM
kalau budak lasak sgt pun
aku pun stress tengok..
mcam mengganggu jerk ketenteraman org lain..

ni opis aku ni dah jadi mcm mini tadika lak..masing2 gigih bawak anak....kalau anak tu berdisplin tak apa....ni habis kunci laci org di campak ntah ke mana...

pen/pensil hilang...di cop nya merata-rata....kat dinding partition pun ada...

hiii geram aku....bila rosak meja org, leh mak dia buat bodo aje....
Quote saladin780 7-10-2015 01:15 PM
ramai yg kekonon ada anak ni..menjadikan anak tu sebagai lesen besar untuk menganggu ketenteraman awam...anak  bising sampai kacau org lain..takpe budak2 lagi..sorong baby stroller sebesar2 gedabak dalam kawasan sesak sampai menyusahkan org lain (gila selfish ko bawak anak kecik ko tempat camtuh)..anak main2 kat escalator..bila tegur bleh plak hangin.. anak tak behave kat restaurant, sampai kacau2 meja customer lain, mak bapak buat bodoh je sambil senyum2 kambing
..kalu baby tu bolehlah gak tolerate..ni anak dh besar panjang pun x reti nak kawal
Quote mommymonster82 7-10-2015 01:17 PM
Anak kecik ada masa dia akan buat perangai.amiklah budak tu bawak kuar dulu dari kedai tu....
Kenalah mak bapak gilir2
Quote hatikudus 7-10-2015 01:19 PM
Masa anak2 aku kecik2 takde lah aku nak heret depa kuar masuk café bagai...kita kan lebih kenal anak2 kita, lasak ke tak, behave ke tak...kita tak selesa, org lain lebihlah lagi. Lagipun nanti aku yg penat nak jaga depa kat tempat2 cenggitu...tapau makan kat umah sudehhhh
Quote arasham 7-10-2015 01:19 PM
saladin780 replied at 7-10-2015 01:15 PM
ramai yg kekonon ada anak ni..menjadikan anak tu sebagai lesen besar untuk menganggu ketenteraman aw ...

Tadi tgk kat fb ada org share video budak ni ambil kerusi yg sedang digunakan oleh org tgh solat. Masa org tu tgh berdiri before sujud budak tu angkat kerusi tu jatuh tergolek org tu. Tahniahlah pada mak/ pak budak tu. Saya nyampah tul bila org ckp, alah budak2...
Quote krustykrab 7-10-2015 01:22 PM
haryatie replied at 7-10-2015 01:07 PM
kalau budak lasak sgt pun
aku pun stress tengok..
mcam mengganggu jerk ketenteraman org lain..

Hehehe...opis aku siap budak tu berak kt atas lantai toilet...waktu tu semua dh balik...pak dia ni jenis dtg ikut suka balik lewat kengkonon shift mlm la...
Agaknya anak dia takut..mpi berak kt antai...bersepah2...
Tp bapaknya x ngaku itu perbyatananaknya....katanya maybe antuuu..lol
Quote naina 7-10-2015 01:25 PM
Hihi bab bwk stroller tu..kitorng rela dukung anak berjalan satu mall taw.lebih senang xnyusahkn DRI ngn org lain.ntahlah tgk parents jugak..klu kita dukung anak tu aku rasa ksh syg melalui sentuhan Dan dakapan lbh kuat Dan ank mudah dilentur.so far aku dh try bwk p tgk wyg..n very impress ank aku xbuat kecoh lngsung..tgk je movie smbil ngunyah popcorn smpi tdo..
Quote haryatie 7-10-2015 01:28 PM
iniaroonz replied at 7-10-2015 01:15 PM
ni opis aku ni dah jadi mcm mini tadika lak..masing2 gigih bawak anak....kalau anak tu berdisplin  ...

btul tu, pelik kan..
org x kata budak jahat coz org tau perangai budak2 mmg ada yg lasak
tp makbapak tu tegur lah perangai ank2 tu jgn buat org menyampah..
bgtahu jgn usik barang2 org lain..

Lihat semua komen(361)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046734 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top