CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Terungkai : Kronologi 2 Murid Asli Yang Hidup Diberi Makan 'Seseorang'

10-10-2015 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 33405| Komen: 199

Oleh Fyruz Hanna

Akhirnya terungkai kisah kehilangan 7 murid asli yang melarikan diri selepas mandi di sungai. Punca mereka melarikan diri adalah kerana mereka takut dimarahi oleh guru kerana mandi disungai.

Kronologi:

1. 23 Ogos 2015

Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7 dilaporkan hilang dari Sekolah KEbangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang.


2. 1 September 2015

Polis menjumpai stokin milik salah seorang daripada 7 murid. 

"Bahagian tapak stokin yang ditemui itu berwarna hitam dipercayai mereka berjalan hanya memakai stokin sebelum membuangnya untuk meneruskan perjalanan  di hutan itu," kata Supt Saiful Bahri.

3. 7 Oktober 2015

Polis mengesahkan menemui mayat yang mula mereput dan membengkak yang dipercayai salah seorang murid asli yang hilang.

4. 8 Oktober 2015

Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

5. 9 Oktober 2015


-2 murid asli dijumpai masih hidup dan dalam keadaan lemah (Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10,] bersama dengan satu mayat perempuan yang meninggal dunia kira-kira 4 hari lalu. Mangsa ialah Ika Ayel, 9 tahun.


- Pasukan mencari juga menemui rangka dan beberapa batang tulang rusuk 500 meter dari penemuan mayat Sasa dijumpai (identiti masih belum dikenalpasti).

- Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik menjaga kebajikan keluarga mangsa, Noreen memaklumkan yang pertama sekali mati adalah Juvida David, 7, diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8. 

- Kesemua rakannya mati kerana keletihan dan kelaparan dan Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias.

- Noreen turut mendakwa diberi makan oleh 'seseorang' yang menyebabkan mereka masih hidup.

- Siti Kasim juga mendakwa kepentingan dan layanan kepada keluarga mangsa adalah teruk dan tidak dijaga dengan baik.

“Sejak hari pertama, tiada sesiapa peduli pada kebajikan keluarga mangsa. Tiada makanan atau minuman disediakan kepada mereka,” ujarnya yang pada kebanyakan masa berulang-alik antara hospital dan balai polis di Gua Musang.

Memetik daripada Astro Awani, Siti mendakwa, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa di Ibu Pejabat Polis Gua Musang mengenai perkembangan maklumat yang tidak disampaikan kepada keluarga mangsa. Namun, dia kecewa apabila jawapan yang diberikan adalah ‘keutamaan dalam insiden itu hanya untuk menyelamatkan kanak-kanak’.

“Ya, saya setuju tentang itu. Tapi, jika mereka ada masa untuk membuat sidang media, mengapa tidak ada waktu untuk menjelaskannya kepada keluarga mangsa.

“Ibu kepada Ika meratap hiba apabila hanya ditunjukkan pakaian dan bukan jasadnya, tapi dia tidak diberikan penerangan dan kata-kata sokongan. Dia juga murung dan tidak lalu makan,” jelas Siti.

“Itu adalah contoh pihak berkuasa yang gagal menunjukkan empati kepada keluarga. Ini berlaku sejak hari pertama. Keluarga mangsa tidak diberi pendekatan kaunseling, maklumat dan dibiarkan sendiri.

Sehingga berita ini ditulis, 3 mayat/rangka mayat dijumpai dan 2 daripada mereka dikenalpasti sebagai Sasa Sobri dan Ika Ayel manakala 1 masih dalam proses pengecaman, 2 dijumpai selamat manakala 2 mayat masih tidak dijumpai Misi pencarian ini dianggotai seramai 127 anggota dan pegawai telah ditugaskan untuk mencari dan menyelamat kes kehilangan kanak-kanak Orang Asli ini termasuk 53 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 30 anggota pasukan gerakan am dan sembilan pegawai pendidikan.-CARI Infonet.

sumber berita dan imej:Bernama, Astro Awani, MYmetro, BeritaHarian, Mstar, Malaysianinsider.
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 10-10-2015 04:35 PM
Kalau Mangsa MH370..MH17 pandai pulak bagi sokongan moral..

Jakoa tolong jawab...jangan jadi Najib..bisu
Quote aku_best 10-10-2015 04:36 PM
Sedihnya la bila bc kronologi ni..terpk bagaimana mereka semua mengharungi kehidupan selama di dalam hutan dan menghadapi kematian rakan2 mereka..
Siapakah yang misteri memberi makanan tersebut..huhu
Quote bluehedgehog 10-10-2015 04:38 PM
ketua gomen, munturi2...anda di mana?
Quote comel91 10-10-2015 04:41 PM
sedihnya baca... tak dapat bayangkan mcm mne la budak2 ni harungi hidup.. kesiannya keluarga dorg pun.. sedih la bace
'keutamaan dalam insiden itu hanya untuk menyelamatkan kanak-kanak’.

sb die orang asli ke?? nangissnyeee... anak xkire la asli ke jongos ke... anak kot.. cube anak menteri hilang dlm utan mcm 5 saat da jumpe
Quote cmf_premierleag 10-10-2015 04:41 PM
Kalo kes mh370 dan mh17, kemain lagi kera-bat raja, politicians and vvvvvvip sume turun padang bg sokongan bagai
Tp kalo bab org asli je, sume puak2 ni buat bodoh jah
Bangsat sgt puak2 vvvvvvvip ni
Quote hijrah8 10-10-2015 04:45 PM
Siapakah seseorg itu..
Quote luqmanulHak 10-10-2015 04:51 PM
biasanya kalau dlm keadaan lemah, memang seseorang akan berhalusinasi contoh ada org dtg beri air la, beri makan la, tapi semua tu kehendak Allah s.w.t

tompang simpati baca..
Quote luqmanulHak 10-10-2015 04:52 PM
kurang2 gov beri la layanan elok dan molek skit dkt keluarga mangsa.. walaupun dorg ni orang susah dah knp kite nak tambah lagi kesusahan mereka............ haihh
Quote bluehedgehog 10-10-2015 04:54 PM
7 kanak2 hilang!
apa pm buat dlm masa itu?
apa tpm  buat?
apa si twitter buat?

selalu klau kes pembangkang...cptnya dorang update dlm twitter atau fb bagai...
la ni skg...munturi2 pun turut buta pekak?
pui
Quote cm_matjawasp 10-10-2015 04:57 PM
MP Gua Musang apa dia buat?? masa banjir kat  Gua Musang pun tak nampak batang hidung
Quote wana89 10-10-2015 04:59 PM
Hujung2 hadap undi rakyat gak
Perasaan rakyat nak jaga..
Quote chazey 10-10-2015 05:11 PM
Sebab mereka Orang Asli.

Kaum yang kau orang kat Malaya itu pandang rendah dan hina.
Quote jay_07 10-10-2015 05:21 PM
Allah sedih bace... ni yang aku marah kere---jaan ni...
budak kene culik semalam viral sekejap jumpa.
budak asli ni............... tak mampu nk ckp.46 hari. tapayh budak org tua pun mati
Quote famri7 10-10-2015 05:28 PM
cmf_premierleag replied at 10-10-2015 08:41 AM
Kalo kes mh370 dan mh17, kemain lagi kera-bat raja, politicians and vvvvvvip sume turun padang bg so ...

Tambah2 lagi asli + kelantan + negeri pembangkang.Triple minorities disitewww sis..ko rase?
Quote theotherfriend 10-10-2015 05:28 PM
chazey replied at 10-10-2015 05:11 PM
Sebab mereka Orang Asli.

Kaum yang kau orang kat Malaya itu pandang rendah dan hina.

No Kaka.

I never looked down on them.
I will make sure none of my family members will.
Quote theotherfriend 10-10-2015 05:32 PM
Bab mencari, in my humble opinion, pihak yg berwajib dah cari sungguh. Do not forget, dlm team tu pun ada ramai Org Asli, for sure mrk dah bersungguh, cuma mula lmbt sbb topografi tpt tu susah sikit, ditambah dgn mmg bdk tu nak takut n nk menyorok pun.

Tapi bab layanan kpd kuarga mangsa, mmg gamps sgt.
Quote kodokbawang 10-10-2015 05:38 PM
mmg layanan kelas ketiga betullah kerajaan bg kat rakyat dia..kes mh layanan..fuhhhh....kera dihuitan disusukan.......
Quote jay_07 10-10-2015 05:39 PM
theotherfriend replied at 10-10-2015 05:32 PM
Bab mencari, in my humble opinion, pihak yg berwajib dah cari sungguh. Do not forget, dlm team tu pu ...

aku sokong bab tu... tp layanan tu memang taik la.. aku baru baca awani

Sewaktu dihubungi Astro AWANI melalui khidmat pesanan ringkas, Siti baru sahaja hendak memasuki semula ke Pos Tohoi untuk memantau perkembangan terkini.

“Adakah mereka dilayan secara berbeza kerana mereka bukan golongan yang terbang dengan pesawat? Atau kerana mereka miskin atau golongan yang dilupakan?” tegas Siti.


Ni kalau rakyat china kena ni.. memang mau dorang riot minx pampasan ni.. kasi berjuta2 pun tetap meroyan. org asli ni nk meroyan sb anak je.. layanan teruk dorang bole tolak tepi.. aku tabik dan takziah tgk nasib org asli ni
Quote cmf_premierleag 10-10-2015 05:41 PM
famri7 replied at 10-10-2015 05:28 PM
Tambah2 lagi asli + kelantan + negeri pembangkang.Triple minorities disitewww sis..ko rase?

Kaka pun rasa mmg ada bias dan diskriminasi di situ
Mentang2 le negeri pembangkang, susah nk tgk puak2 vvvvip ni dtg bagi bantuan dan sokongan moral
Cer tgk je kes tanah runtuh di bkt antarabangsa in 2008/2009, kemain lg puak2 ni hulur bantuan bagai sbb yg terlibat ialah org2 kekaya banglo mewah

Lihat semua komen(199)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.127454 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top