CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Babi Akan Jadi Penderma Organ Kepada Manusia

13-10-2015 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6892| Komen: 32

Oleh Izzah Abbasy

Sebut sahaja babi atau khinzir pasti membayangkan yang buruk tentangnya. Ia sememangnya haram di sisi Islam.

Namun, siapa sangka haiwan pengotor ini sebenarnya sedang menjadi tumpuan para saintis atas sebab potensinya dalam bidang perubatan?

Menurut kajian terkini, pemindahan organ khinzir ke tubuh manusia mungkin bakal direalisasikan dalam masa terdekat ini setelah sekian lama menjadi ujikaji penyelidik.





Ramai yang tidak tahu sebenarnya khinzir dan manusia mempunya persamaan yang amat ketara dari sudut biologikal. Atas sebab ini, haiwan ini sering digunakan dalam kajian pembedahan dan cara paling efektif untuk mengesan mayat. Dalam satu kajian yang dibentangkan minggu lalu di dalam sebuah mesyuarat anjuran Akademi Sains Kebangsaan di Washington D.C., hubungkait kita dengan khinzir bakal menjadi lebih ‘intim’.

Bagaimanapun, walaupun terdapat banyak persamaan fizikal antara khinzir dan manusia, para doktor harus mengambil kira beberapa cabaran yang perlu diatasi sebelum memutuskan untuk membenarkan penggunaan organ khinzir ke dalam tubuh manusia.

Salah satunya tentulah kemungkinan pemindahan virus sedia ada di dalam tubuh haiwan tersebut ke badan manusia. Namun, minggu lalu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. George Church, seorang pakar genetik daripada Fakulti Perubatan Universiti Harvard di Boston, telah mengumumkan kejayaan mereka menyahaktifkan 62 daripada virus-virus yang terkandung dalam embrio khinzir.

Kejayaan yang mengagumkan ini telah dicapai menggunakan teknologi penyuntingan gen CRISPR/Cas9, dan telah menghapuskan ketakutan jika virus-virus ini boleh mendatangkan mudarat kepada penerima transplan organ, menurut laporan majalah Nature.

Kekangan seterusnya adalah penolakan organ, yang menjadi masalah paling ketara dalam pemindahan organ khinzir-ke-manusia. Dalam sebuah kajian, Church dan kumpulannya telah berjaya mengatasi masalah ini menggunakan teknologi CRISPR tersebut dengan menyunting lebih daripada 20 gen yang terkandung dalam embrio khinzir; yang dikenali sebagi pencetus tindakbalas imun manusia atau mengakibatkan pembekuan darah.

Dengan terciptanya tabung organ yang mampan atau berterusan, penemuan ini bakal mencatatkan kejayaan baru dalam dunia perubatan dan tak mustahil satu hari nanti virus di dalam tubuh khinzir akan dapat disingkirkan secara total melalui teknologi penyuntingan gen ini.

“Ini adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan selama hampir sedekad lamanya,”
kata Church, menurut laporan Science.

CARI Infonet

Sumber info : MYNEWSHUB.CC

Sumber: Church G, et al. US National Academy of Sciences (NAS) in Washington DC. 5 October 2015.


Bagus
3

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 12-10-2015 04:09 PM
babi digunakan syarikat peluru utk test kuasa peluru. hasil ditembak kt babi sama hasil dgn tembak kt manusia
Quote bellaa 12-10-2015 04:21 PM
payah la nak samak badan hari2 camni
Quote tricomonas 12-10-2015 04:25 PM
...tahniah babi..
Quote potsshine 12-10-2015 04:30 PM
mati lg baik...
Quote chinta89 12-10-2015 04:34 PM
yang haram itu jugak byk kegunaannya..
Quote rbmy 12-10-2015 04:48 PM
Ptt perangai cam babi
Quote fuzzyfuzzy 12-10-2015 04:51 PM
dlm bnyk2 binatang..
babi jugak yg diorang bekenan,..haishh!!
Quote page_up 12-10-2015 04:52 PM
huhuuu babi la... babi
Quote nononcrux 12-10-2015 04:57 PM
babi bukan bnyk cacing pita yang tak boleh mati ke ? nape mesti babi
Quote dino 12-10-2015 05:06 PM
kenapa tak guna kertas turas je nak filter virus dr babi neh...
Quote mattzzx 12-10-2015 05:06 PM
dah tak ada organ lain ?
Quote dino 12-10-2015 05:08 PM
btw laba multnick dah la implant hati babi dlm bdn die.... sbb tu panjang umur.... kelahiran semula yg non stop....

mujur la die nembiak kat porum.... klau real membiak merosakkan alam seluruhnya
Quote slavehunter 12-10-2015 05:13 PM
Tapi aku kalau marah aku selumber nye sound " kau memang babi"! So jangan marah yea memang betul kan sifat sama.......
Quote HannahMontana 12-10-2015 05:14 PM


mulut maki hamun babi  *&&^%$$#@@%^^!@%&


tp dalam organ babi punya...

Quote spiderman80 12-10-2015 05:35 PM
Comel jugak anak babi gambar atas tu.
Quote hanakikan 12-10-2015 07:20 PM
Hujung2 babi jugak yg berbakti pada manusia
Quote obelisk 12-10-2015 07:43 PM
SHOCKING MUST SEE! WHY Eating PORK is BAD For HUMANS - #Pork  

[youtube]wv8Cik26DeM[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=wv8Cik26DeM
Quote naina 12-10-2015 09:42 PM
Org utan xsama ke ngn manusia
Aku pnh tgk.org utan
Penjaga situ ckp org utan sama.cm.mnusia
Cuma xberakal je
Esp betina..period sume sama
Quote pasemboq 12-10-2015 09:50 PM
sejujurnya ahkak lebih rela mampos dari dicemari DNA2 babi sis

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055798 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top