Oleh Izzah Abbasy
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah tertinggi kes demam kepialu dikesan di Titiwangsa sebanyak 16 kes, Kepong (8), Lembah Pantai dan Cheras (masing-masing 4 kes). Orang ramai dinasihatkan memberi perhatian serius terhadap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelak jangkitan. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) juga membuka bilik gerakan bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan demam itu yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman, dan seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala antara satu hingga tiga minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Dr Noor Hisham berkata JKWPKL menerima tujuh kes demam kepialu membabitkan buruh binaan yang tinggal di Cheras dikesan pada minggu pertama Ogos lepas, dan dua daripada sepuluh kontak yang diperiksa turut didapati positif ujian dan telah diberikan rawatan. - CARI Infonet Baca selanjutnya : Bernama Kepialu : pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis); ~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau.
|
17
Bagus |
14
Marah |
22
Terkejut |
15
Sedih |
17
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
haryatie replied at 20-10-2015 10:43 AM
bahaya demam ni..
aku & my cousin pernah alami demam ni ..
masa tu dlm tingkatan 2..
lavapresident replied at 20-10-2015 10:49 AM
memang wa dah tau lu tak tau apa apa pun...
DAYANG07 replied at 20-10-2015 11:01 AM
apa puncanya? dari air ke
leylapple replied at 20-10-2015 11:11 AM
kebanjiran warga asing yang masuk ke msia tanpa tapisan...
demam kepialu nie perkara biasa di n ...
kenarikelabu replied at 20-10-2015 11:34 AM
Yg ni mmg betul. Nak pulak yg jenis jual makanan. Nampak nyata kadang x jaga kebersihan..
SANKURIANG replied at 20-10-2015 11:21 AM
Jangan amalkan makan di luar.....penyedia makanan nya Indon Bangla dan vietnam kau.....
Kat Bangi U ...
Akuler replied at 20-10-2015 12:25 PM
ko ckp mcm ni..aku terasa bertuah plak..sebab ank2 aku..mmg x leh lansung mkn kedai mamak atau mak ...
ADVERTISEMENT