Oleh Adib Za Restoran ikonik A&W yang berlokasi di Seremban, Negeri Sembilan bakal ditutup pada 1 Januari 2016. A&W yang telah dibuka di bandar Seremban sejak tahun 1978 sememangnya menjadi 'landmark' yang tersendiri dan amat sinonim dengan masyarakat setempat.
Ia juga dilengkapi dengan perkhidmatan 'pandu lalu' dikatakan bakal ditutup 'selama-lamanya' kerana memberi peluang pembangunan di situ. “Pelanggan yang dihormati, terima kasih atas sokongan anda sejak A&W ‘Pandu-Lalu’ dibuka di Seremban sejak tahun 1978! “Kami cuba tetapi kami telah terperangkap dengan masa. Dengan rasa kesal, A&W ‘Pandu-Lalu’ di Seremban akan ditutup selama-lamanya dari 1 Januari 2016 untuk memberi laluan kepada pembangunan baru,” antara status dalam laman sosial A&W. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Astro Awani
|
ADVERTISEMENT