Oleh : Dean BZ Sumber foto : rezwati.blogspot.com Kenalkah anda Kuih Tok Aji Serban? Penduduk pantai timur Malaysia pastinya mengenali kuih ini kerana agak popular di kawasan sana. Kali ni penulis ingin kongsikan cara-cara membuat kuih aji serban ni. Tidaklah pula penulis tahu asal usul nama kuih ni diberi, mungkin ada yang lebih arif tentang asal usul nama kuih ini, bolehlah berkongsi diruangan komen. Kuih ini mirip kuih seri muka, cuma bezanya sekaya di bahagian atas. Rasanya memang sedap. Bahan-bahan Lapisan Bawah 2 cawan pulut *Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak. Lapisan Atas 3 cawan santan pekat 1/2 cawan gula putih 1/2 cawan gula merah 3 biji telur 1 s/t garam Cara-cara membuat Lapisan Bawah (pulut) Kukuskan pulut sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik. Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula. Lapisan serbannya Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati. Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi. Kukuskan lebih kurang 30 minit. Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil. Ok selamat mencuba, jangan segan-segan. - CARI Infonet. Sumber - blogterengganu.blogspot.my
|
46
Bagus |
33
Marah |
35
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
31
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Aiira replied at 6-11-2015 07:37 AM
@Ipo Tok aji serbam tu bila seri kaya bergabung dengan pulut.
Tapi pulut orang Terengganu juga pa ...
Aiira replied at 7-11-2015 11:17 AM
@Ipo I am sorry. Me typo lah.
Pulut + Seri Kaya = Tok Aji Serban
ADVERTISEMENT