Oleh : TS LOO Berdepan ekonomi global yang merundum, harga antarabangsa petroleum yang menurun, situasi politik negara yang tidak stabil akibat isu 1MDB dan skandal dana poiltik berjumlah 2.6 Billion.
Tambahan lagi nilai matawang terus jatuh dalam jangkamasa yang agak lama sehingga menyebabkan harga barangan mengalami kenaikan dan termasuk kenaikan kadar tol di keabanyakan lebuhraya dalam bandar serta pengangkutan awam seperti KTM komuter, LRT dan monorail, semuanya diumumkan harga tambang terpaksa dinaikan. Pelbagai isu dan berita negatif yang berlaku menyebabkan orang ramai rasa amat tertekan dalam usaha menyara hidup harian! Di laman sosial tidak kurang juga tulisan artikel yang mengecam pihak kerajaan yang mengundang pembaca bertambah geram. Baru-baru ini, seorang penyanyi berbangsa Melayu bernama Amirudin Hizadin, menerbitkan sebuah lagu yang berjudul < Mana Hilang 2.6 Bintang >, lirik lagu tersebut berjaya menyampaikan suara hati kebanyakan golongan muda masa kini yang sedang berdepan apa yang disifatkan sebagai zaman kegelapan politik negara serta tekanan hidup, sekali gus menerima perhatian dan memperolehi sambutan menggalakkan di kalangan netizen.
Pada permulaan lagu, Amirudin menyanyikan jika ketika itu dia tidak datang ke Kuala Lumpur, kemungkinan dia tidak akan menghadapi keperitan sedemikian. "Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain. " "Mungkin harga barang akan jatuh, ini kerana cukai GST menguntungkan setiap orang, tetapi kenapa kelihatan semakin ramai orang rasa murung dan tertekan." Di bahagian chorus, Amirudin menyanyikan "Mana Hilang 2.6 Bintang" sebagai sindiran terhadap skandal dana politik 2.6 billion. 2.6 biji bintang sudah hilang ke mana pergi? Saya tanya ' Pak Mentari ' , tapi dia mendiamkan diri. Berikutan sebutan mentari dengan menteri agak sama, maka ianya membuatkan ramai netizen beranggapan lain. Tidak kurang netizen yang setelah mendengar lagu tersebut, memberi komen dan memuji kehebatan bakat Amirudin dengan mengatakan Amirudin telah berjaya meluahkan suara hati rakyat Malaysia. Contoh komen seperti : " Melodi lagu yang indah dan lirik lagu yang bermakna, memang terbaik!" , "Rasa nak menangis apabila mendengar lagu tersebut! " " Sungguh terharu! " Semua warga di bumi turut serta mencari 2.6 bintang itu. "Namun, terdapat juga netizen yang bimbang Amirudin akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, maka secara khusunya netizen mengingatkan Amirudin perlu berhati-hati. Sebenarnya kebelakangan ini, ramai pemuzik telah menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan menerusi lagu, antaranya kumpulan band bernama 'Nao', telah menghasilkan lagu bertajuk Ketika perhimpunan Bersih2,0 yang lalu, banyak juga lagu yang dihasilkan oleh sebilangan pemuzik tempatan. Antaranya lagu jenis rap iaitu |
2
Bagus |
2
Marah |
18
Terkejut |
13
Sedih |
10
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain.
cHimo replied at 6-11-2015 04:42 PM
Dengan belon sentap apa kaa dengan lagu ini juga jibby akan terasa hati ?
rashiman replied at 6-11-2015 04:57 PM
Tun yg terasa kot....
kesannya hingga ke generasi kini..
aduhaiya replied at 6-11-2015 05:56 PM
Apalah orang politik tu peduli... Selama dia memerintah negara... Mana dia peduli pasal rakayat... H ...
dizek replied at 6-11-2015 02:54 PM
ni pulak lagu cina DAP:
"Luit bapak lim guan eng kasi
ADVERTISEMENT