Oleh Izzah Abbasy
"Syurga seorang anak dibawah telapak kaki ibu". Gelagat video berdurasi 1.36 minit yang dimuatnaik di forum Cari semalam, pasti timbul rasa marah dan tak senang hati melihatnya. Mana tidaknya, seorang anak boleh membebel, memarahi dan meninggikan suara kepada ibunya di khalayak ramai sehingga sang ibu hanya mampu menangis sambil mengusap air mata yang jatuh ke pipi.
Apa yang sebenarnya berlaku? Tiada jawapan yang sahih yang boleh disimpulkan. Lelaki yang memarahi ibunya sendiri dikatakan bersikap kurang ajar dengan individu lelaki yang cuba menegurnya agar tidak memarahi ibu sedemikian rupa. Walaupun sudah ditegur, tetapi lelaki tersebut langsung tidak peduli dengan nasihat sehinggakan dia memarahi semula lelaki yang menegurnya itu agar tidak masuk campur hal keluarga mereka.
Ramai yang telah viralkan video ini dan rata-rata pandangan negatif dilemparkan kepada lelaki yang menderhaka kepada ibunya tersebut. Bagaimana hati seorang lelaki yang mempunyai ibu yang masih boleh berjalan, dikira masih sihat, memarahi dan menengking ibunya sendiri di hadapan ramai orang dan juga di tempat awam sebegitu? Itu baru di hadapan, di belakang pula kita tidak tahu apa lagi perangai buruk yang dilakukan terhadap ibunya. Tidak bersyukurkah dia mempunyai seorang ibu yang masih bernyawa? Mengapa dia tidak menumpang kasih ibu yang pernah melahirkan dirinya? Beratkah tanggungjawab dia menjaga seorang ibu itu? Allahuakbar. Kita hanya mampu melihat dan menasihati beliau. Sungguh! Video tersebut sangat terkesan dan menjadi tauladan serta pengajaran kepada setiap daripada kita. Sayangilah dan hargailah ibu sementara dia masih bernafas.
Suka penulis kongsikan kepada semua mengenai pendapat Imam Adz-Dzahabi Rahimahullaah, beliau berkata dalam kitabnya Al-Kabaair;
Besar sebesarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita, bahkan belum tentu kita boleh membalasnya. Allahualam. - CARI Infonet |
32
Bagus |
23
Marah |
20
Terkejut |
30
Sedih |
22
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT