SHAH ALAM – Taktik remaja memanjat bumbung untuk pecah kedai runcit gagal apabila dua daripada tiga anggota kumpulan itu ditangkap polis di Kampung Subang di sini, semalam. Kedua-dua suspek yang berusia 16 tahun itu ditangkap semasa berada di atas bumbung kedai runcit berkenaan, kira-kira jam 3.28 pagi. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Suprintendan Junaidi Bujang berkata, dua remaja warga tempatan itu mengaku pernah melakukan perbuatan berkenaan di tiga rumah di kawasan sama. “Dengan tertangkapnya dua suspek itu, kita berharap dapat menangkap seorang lagi pencuri dipercayai dari kumpulan sama telah meloloskan diri,” katanya. Menurutnya, suspek dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar kawasan itu. Katanya, polis turut merampas wang tunai hampir RM227 dan 30 kotak rokok pelbagai jenama. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan pecah rumah.
|
4
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT