Oleh Adib Za Di wad bersalin ini, ia bukanlah sebarangan wad. Ini kerana ini menempatkan ratusan ibu yang bakal dan telah pun bersalin.
Wad bersalin di Hospital Fabella di Manila menjadi wad bersalin paling sibuk di dunia. Ia mampu menyambut sekurang-kurangnya 100 orang bayi dalam masa sehari! Disebabkan itu, para ibu terpaksa berkongsi katil yang digabungkan. Maka, tidak hairan masyarakat Filipina menggelarkan hospital ini sebagai "kilang bayi". Ramai yang terpaksa memilih untuk bersesak-sesak kerana kadar bayaran di hospital ini sangat murah. Mereka rata-ratanya datang dari kelompok yang miskin dan kurang pendapatan. Bagaikan sadin dalam tin, begitulah keadaan bersesak-sesak di sini. Namun, mereka seolah-olah tidak menghiraukan kekalutan di situ dan tidur dengan 'biasa' sahaja.
Tiadanya polisi kawalan kehamilan di negara itu menjadi penyebab kepada populasi yang tidak stabil dan terlalu ramai. - CARI Infonet |
ADVERTISEMENT