CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Warga Emas Buat Panggilan Kecemasan Akibat Terlalu Sepi?

13-11-2015 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6343| Komen: 14


Oleh : TS LOO

Pernah tak terfikir, apabila ibu bapa berada dalam peringkat umur tua, dan ketika itu anda pula tiada di sisi mereka, mereka rasa sepi tak?


Di England, seorang pegawai muda bernama Stu Ockwell menerima panggilan kecemasan dari sepasang suami isteri tua yang memohon bantuan menerusi nombor talian 999. Stu bimbang kedua orang tua tersebut mungkin mengalami kecederaan akibat tiada orang menjaga, justeru pun bergegas ke rumah mereka untuk meninjau keadaan sebenar. 

Tetapi selepas itu barulah mendapati kedua warga emas itu tiada apa-apa terjadi ke atas mereka, sebenarnya kehidupan mereka terlalu sepi, hanya nak mencari orang untuk sembang dengan mereka. 

sumber foto : internet


Pasangan warga emas tersebut adalah Fred Thomson dan Doris Thomson, umur mereka berdua telah mencecah 95 tahun. Fred bermasalah penglihatan, sepanjang masa perlu jagaan isterinya. 

Setelah meneliti situasi, Stu tidak meninggalkan mereka. Sebaliknya bukan sahaja membancuh teh panas untuk kedua-dua waraga tua, malah duduk menemani sambil sembang dengan mereka. 


sumber foto : internet


Selepas itu, Stu menerusi akaun twitternya mencatatkan kisah pasangan suami isteri tua yang membuat panggilan talian kecemasan 999 untuk memohon bantuan akibat kesepian yang dihadapi.

"Selain membancuh teh dan teman sambil sembang dengan mereka, apa lagi yang boleh kami lakukan?"

"Kedua orang tua beritahu saya mengenai pengalaman mereka ketika zaman peperangan."

Stu turut menyebut bukan mudah Doris seorang diri menjaga Fred. "Kesihatan dirinya juga bermasalah."

Menurut Stu lagi, walaupun jiran tetangga membantu pasangan suami isteri tua itu, tetapi mereka tetap memerlukan lebih perhatian. 

Status yang dimuatnaik Stu tersebut disambut baik ramai netizen dan rata-rata memberi pujian buat Stu termasuk media tempatan turut giat membuat liputan mengenainya.  Ketika ditemubual oleh ITV News, Fred mengatakan amat bersyukur ke atas usaha yang dilakukan oleh Stu. 

"Dapat mencari orang untuk bersembang, adalah satu perubahan yang cukup bagus."

" Bila mengetahui ada orang ingin membantu saya, sembang dengan saya, saya sangat gembira, sebab semakin meningkat umur, awak akan rmeasa semakin sepi"

Menurut Fred, bantuan Stu membuatkan dirinya mempunyai perasaan 'kekeluargaan'.- CARI Infonet
17

Bagus
17

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote red_cattleya 13-11-2015 12:16 PM
kesian pulak..takde anak ke?
Quote zameyla 13-11-2015 12:22 PM
betul la, dah tua2 nie mesti nak ada orang yang melayan sembang...
Kesian..
Quote Mary_jane 13-11-2015 01:55 PM
Macam artikel translate je ni. Anyway, kesian hidup atuk nenek ni sunyi sepi.
Quote cucuq 13-11-2015 02:34 PM
kesiannyaa...apapun salute ngan kapel ni..
Quote HannahMontana 13-11-2015 04:47 PM
uhmmmmmmmmmmmmmmm sepi itu indah
Quote Artemesiaa 13-11-2015 05:21 PM
Kesiannya kadang anak ramai pun belum tentu dapat menghilangkan rasa sunyi nak2 kalau anak2 duduk asing dan jauh dari parents.
Quote suriamir 14-11-2015 12:04 AM
Macamana laa aku nanti sekiranya ditakdirkan Tuhan panjang umur macam kapel ni? Adakah aku juga akan kesepian seperti mereka???....
Quote chinta89 16-11-2015 03:08 PM
suriamir replied at 14-11-2015 12:04 AM
Macamana laa aku nanti sekiranya ditakdirkan Tuhan panjang umur macam kapel ni? Adakah aku juga akan ...

mcm mne la kan..
Quote pia250110 16-11-2015 04:43 PM
aku kalau kesepian aku nearby je


Quote aijinmisaki 16-11-2015 09:42 PM
kesiannya         
Quote kucen_miang 17-11-2015 09:32 AM
Artemesiaa replied at 13-11-2015 05:21 PM
Kesiannya kadang anak ramai pun belum tentu dapat menghilangkan rasa sunyi nak2 kalau anak2 duduk as ...

very true. lagi2 jenis anak yg tunduk dgn bini.
Quote batmana 17-11-2015 12:52 PM
suriamir replied at 14-11-2015 12:04 AM
Macamana laa aku nanti sekiranya ditakdirkan Tuhan panjang umur macam kapel ni? Adakah aku juga akan ...

suh asben kawin 4,
nescaya tk sepi rumah tu..
Quote suriamir 17-11-2015 09:23 PM
batmana replied at 17-11-2015 12:52 PM
suh asben kawin 4,
nescaya tk sepi rumah tu..

Aishhh.... Ye laa kann..... sure aku x sunyi lagi eh.... hari2 perang...... huhu...

Bagus gak idea ko ni..... Eeeee..... Sengettt....
Quote anees~nuhara 18-11-2015 11:41 AM
siannyeee

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054785 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top