Oleh : TS LOO
Kebanyakkan kita pasti pernah menonton filem lakonan Stephen Chow iaitu Shaolin Soccer. Selain kagum dengan aksi Kung Fu sambil bermain bola yang ditunjukkan, ramai juga teruja dengan semangat berjuang yang digarapkan dalam setiap watak filem tersebut. Filem tersebut bukan sahaja mendapat sambutan dan kutipan yang amat menakjubkan di seluruh dunia malah sekaligus melonjakkan nama stephen Chow daripada seorang pelakon menjadi pengarah filem yang kreatif. sumber foto : http://cdn1-a.production.liputan6.static6.com/ Filem tersebut berjaya menggabungkan kedua-dua elemen iaitu Kung Fu dan bolasepak yang menjadi kegemaran kebanyakan orang di dunia ini.
Memang tidak disangka-sangkakan, idea yang diinspirasikan oleh Stephen chow itu telah direalisasikan oleh kerajaan China. Sebuah Akademi Shaolin Soccer telah dibuka oleh Sekolah Seni Mempertahankan Diri Shaolin Tagou di daerah Henan pada 10 November lalu. Akademi yang menggabungkan permainan bola sepak dengan Kung Fu itu hanya menerima sekitar 100 orang pelajar dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun. Pelajar yang dipilih akan didedahkan dengan kemahiran bola sepak dan seni Kung Fu yang membabitkan elemen-elemen seperti fleksibiliti, stamina, keseimbangan, dan meditasi. South China morning post melaporkan selain mempromosikan seni mempertahankan diri Kung Fu, matlamat utama penubuhan akdemi berkenaan diharap mampu membantu meningkatkan kualiti bola sepak di China. - CARI Infonet sumber info : www.astroawani.com.my
|
10
Bagus |
9
Marah |
7
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT