CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Televisyen Britain siar azan ketika Ramadan

3-7-2013 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3266| Komen: 10

Televisyen Britain siar azan ketika Ramadan
      
Masjid East London antara tempat ramai orang Islam berkunjung ketika puasa. 

      
Eksekutif Channel 4 pertahan  langkah bantu umat Islam berpuasa 

London: Stesen televisyen Britain, Channel 4 mengumumkan langkah menyiarkan azan subuh sepanjang Ramadan termasuk di laman webnya, keputusan yang dipuji dan dikritik pihak yang memberi reaksi.      

Ketua Program Channel 4, Ralph Lee (gambar kecil) menolak mereka yang mengkritik dengan berkata, siaran itu sejajar dengan ikrar stesen berkenaan untuk membantu ‘suara golongan yang kurang diwakili’ sambil menyifatkan agama Islam diterima baik di Britain.      

      
Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia  bawah 25 tahun”  Ralph Lee, Ketua Program Channel 4
      
Semakin disambut baik 

Ramadan di Britain dijangka bermula pada 9 Julai depan.

Dalam satu mesej kepada Radio Times, Lee berkata: “Channel 4 sudah pasti akan dikritik kerana memberi tumpuan kepada agama minoriti penduduk tetapi itulah sebabnya kami ada di sini iaitu memberi ruang kepada pihak satu lagi yang kurang diwakili.
      

Jangan lupa, agama Islam  antara yang paling cepat meningkat khususnya di Britain.

“Seperti juga sasaran penonton Channel 4, pengikut agama itu kebanyakannya orang muda. Baru-baru ini, ada laporan mengatakan separuh warga Islam Britain berusia  bawah 25 tahun.”

Beliau kemudian membandingkan kadar pembabitan orang Islam ketika Ramadan di Britain kepada tumpuan media tempatan kepada adat resam tempatan.

“Hampir lima peratus penduduk (Islam Britain) akan terbabit dengan aktif dengan atur cara ketika Ramadan, sedangkan tumpun lebih rendah kepada majlis tempatan yang diberi liputan besar-besaran media termasuk ulang tahun ratu naik takhta,” katanya lagi.

Komitmen Channel 4 untuk menyiarkan azan subuh itu disambut baik oleh Majlis Islam Britain.

“Ramadan  masa yang istimewa bagi orang Islam dan pengiktirafannya oleh sebuah stesen televisyen arus perdana akan membantu menunjukkan keadaan Islam dan pengikutnya yang lebih munasabah.”

Pergerakan berhaluan kanan, Parti Kemerdekaan Britain (UKIP), bagaimanapun, mengkritik Channel 4.

“Stesen itu tahu keputusan mereka akan menimbulkan kemarahan dan tidak akan membantu menjernihkan hubungan antara masyarakat. Orang Islam tidak perlukan siaran itu untuk mengingatkan mereka supaya berpuasa.” 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 3-7-2013 03:32 PM
ko ni kan nixar, saje je nk mengundang poremer anti islam masuk CI ni. isk isk isk... bad kitty
Quote NIXAR 3-7-2013 03:46 PM
@annehuda   

kalau nak mai x leh nak halang. cuma ni satu berita baik utk umat Islam di sana
Quote Lejen 3-7-2013 03:50 PM
mungkin ralph lee ni dah nampak keindahan islam.
Quote soebyuk 3-7-2013 03:52 PM
berita baik bagi umat islam kat sana ... berita buruk kat CI nih ....
Quote izamahmed 3-7-2013 04:05 PM
Alhamdulillah...
ada sokongan media TV
Quote NIXAR 3-7-2013 04:06 PM
@soebyuk   

kenapa buruk pula?
Quote gogo2 3-7-2013 04:16 PM
NIXAR posted on 3-7-2013 04:06 PM
@soebyuk   

kenapa buruk pula?

kerana anti-kapir di CI takleh meratib
Quote soebyuk 3-7-2013 04:19 PM
c? .... jari dah panas ...
Quote kakikuDibibirmu 3-7-2013 04:24 PM
minoriti disanjung tinggi, superti mulaysia sanjung hindraf
Quote perang_salib 3-7-2013 04:28 PM
sunni or shiah???

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050823 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top