CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

ZARA Diskriminasi Wanita Berhijab, Netizen Lancar 'Perang' Boikot

18-11-2015 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8789| Komen: 19

Oleh Adib Za



Jenama Zara tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan salah satu jenama pakaian terbesar di dunia dan menjadi kegilaan peminat fesyen pastinya. 

Namun, baru-baru ini nama gah Zara itu seolah-olah tercalar kerana ia mendapat kecaman masyarakat selepas satu insiden yang dianggap mendiskriminasikan wanita Muslim. 

Satu video yang tersebar di laman sosial, menunjukkan wanita bertudung dilarang memasuki premis itu yang berlokasi di kota Paris. 

(sumber foto: businesspundit)


Pekerja Zara sama sekali tidak membenarkan wanita berkenaan dari memasuki butik terkemuka itu dengan menerangkan peraturan 'larangan memasuki dengan hijab, topi, hud dan kepala bertutup'.

Tidak diketahui bila masa sebenar kejadian, namun video itu telah dimuatnaik menerusi laman sosial pada 14 November, sehari selepas serangan pengganas di kota Paris.

Ia sekaligus menaikkan kemarahan dan mengguris hati banyak pihak sama ada mereka yang beragama Islam mahupun sebaliknya. Mereka sama sekali mengecam perbuatan mendiskriminasikan itu dan mengajak orang ramai memboikot jenama pakaian itu. 




Menjawab perkara itu, pihak Zara meminta maaf melalui laman sosial dan memberitahu telah mengambil tindakan kepada pekerja terbabit dengan memecatnya serta merta. 




Apa pun, pilihan di tangan anda, sama ada mahu mempercayai atau tidak polisi bodoh mereka ini. Tepuk dada, tanya selera. - CARI Infonet


(Sumber foto/ video: Buzzfeed)
12

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
16

Sedih
17

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote |-0-| 18-11-2015 03:26 PM
Mereka dah minta maaf dan pecat itu pekerja
Quote nizamXF 18-11-2015 04:10 PM
adakah ini agenda iluminati / freemason / kambing hitam / mona fendi dan sebagainya ??  
Quote dabai 18-11-2015 04:30 PM
http://tribune.com.pk/story/9932 ... -wearing-headscarf/
Quote peningsokmo 18-11-2015 06:03 PM

orang kita je batak sangat nak pakai zara... baik pakai baju buatan malaysia. bangga ngan produk sendiri
Quote L211 18-11-2015 06:19 PM
dorg dah pecat pkerja2 islamphobia tu..
Quote barfi 18-11-2015 10:48 PM
Mahal sgt ke baju2 zara ni? Berapa harga yg paling murah? Sorry. Saya pakai baju pasar mlm je. So tak tahu harga branded items ni
Quote faraway1 18-11-2015 11:36 PM
maaf, tiada ku heran boikot boikot ni,
bukan semua kedai zara hazab camni..
i love zara terutama baju bebudak, comel banget.
Quote BebeQ 19-11-2015 12:39 AM
i tertarik dgn komen Zara kepunyaan orang muslim. ada kebenarannya kah?
Quote mizz_fatyn 19-11-2015 09:06 AM
kuajaq sgt tau buat camtu kat org..boikot zara pasnih
Quote skyreds 19-11-2015 09:34 AM
fast action ... well done, sekarang nie dah banyak sangat islamphobia@psychotic
Quote skyreds 19-11-2015 09:35 AM
BebeQ replied at 19-11-2015 12:39 AM
i tertarik dgn komen Zara kepunyaan orang muslim. ada kebenarannya kah?

x kot ... founder die spanish
Quote dewi 19-11-2015 12:04 PM
x ter kesan la  nak boikot pun sbb mmg tak pernah beli, x mampu kekdah nyer
Quote atief 19-11-2015 01:23 PM
Click to free register and start your earning..

http://Done4Job.com/index.php?ref=15576
Quote CrowneGlory 19-11-2015 01:55 PM
Bahaha aku nk padankan je muka....samala mall2 kat msia ni...ummah2 Islam n melayu yg gigih penuhkan mall...sudahnya tenant dgn staff2 co racist
Quote swayne 19-11-2015 02:15 PM
Zara Malaysia kalau buat gini naya lahh. Ramai kot Muslim shopping
Quote Emperor95 19-11-2015 04:47 PM
Tindakan tegas dan segera.
Quote tipuware 19-11-2015 09:42 PM
Zara diskriminasi terhadap perempuan gemok juga.. semua seluar n baju xde utk size plus cam aku
Quote DaisyD 19-11-2015 10:29 PM
tipuware replied at 19-11-2015 09:42 PM
Zara diskriminasi terhadap perempuan gemok juga.. semua seluar n baju xde utk size plus cam aku

hahahahahahahahahahahahahaha dia ingat orang malaysia ni semua size 0 kot

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.139636 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top