Oleh Izzah Abbasy
Nikmati ais krim yang baru sahaja keluar daripada peti sejuk dan dimakan ketika cuaca panas, pasti memberi kepuasan yang tidak terucap. Tetapi, di saat melayani kenikmatan ais krim, ais krim telahpun cair dan meleleh sehingga mengotorkan jari jemari. Kadang-kadang terkena baju sekali. Mulalah naik angin dibuatnya. Hilang selera pun ada. Kemudian, mulalah habis seluruh jari jemari dijilatnya. Sebenarnya, ais krim yang baru sahaja keluar daripada peti sejuk atau baru sahaja dibeli harus dimakan dengan segera. Tak boleh simpan-simpan untuk dibawa pulang. Jika ais krim dalam bekas tertutup, pastilah boleh. Ada tak cara supaya ais krim kekal beku dan sejuk? Ha, pastilah ada. Ais krim tidak akan mencair jika anda menggunakan ;
1) Aluminium foil Aluminium foil ini adalah kertas berkilat (yang biasa kita tengok atau untuk gunakan semasa bakar dalam oven) dan mudah didapati di pasaraya. Caranya, jika menggunakan ais krim berbentuk kon, disarankan untuk balut atau lapik terdahulu dengan lapisan kertas aluminium ini dan letakkan ais krim. Jika menggunakan ais krim di dalam bekas, ais krim perlu dilapik seperti cara tadi kemudian tutup kembali dengan kertas aluminium. 2) Gunakan dry ice Ais kering (dry ice) merupakan sejenis ejen penyejuk yang banyak digunakan dalam industri makanan. Ia adalah sejenis bahan penyejuk secara amnya digunakan untuk mengekalkan kesegaran ikan atau mayat manusia. Di Malaysia, bahan ini tidak popular kegunaannya kerana kurang promosi oleh pihak pembekal. Jika anda gunakan dry ice ini pastikan dilapik kertas aluminium pada bekas, masukkan ais krim dan barulah letakkan dry ice ini. Kemudian tutup semula dengan kertas aluminium. Cara ini biasanya sesuai untuk ais krim di dalam bekas. Selamat mencuba! - CARI Infonet |
44
Bagus |
39
Marah |
54
Terkejut |
18
Sedih |
30
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT