CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ketahui Rahsia Disebalik Penyusuan Susu Ibu

18-11-2015 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 2443| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Allah menganugerahkan air susu ibu kerana banyak rahsianya. Kajian juga mendapati bayi yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi serta badan yang lebih sihat.



Jika bayi diberikan penyusuan susu ibu selama setahun sehingga dua tahun, otak bayi akan mengembang dengan baik malah lebih bijak.

Berikut rahsia bayi sihat dengan penyusuan susu ibu ini.






1. Lemak genius

Terdapat "lemak genius" di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega-3 atau turut dikenali sebagai DHA. DHA memiliki fungsi penting dalam pembentukan otak, retina mata dan sistem saraf pusat. DHA di dalam sel tubuh bayi membantu bayi untuk mengkoordinasikan mata dan tangan, mengembangkan kemampuan motorik serta meningkatkan fokus, DHA juga membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak, meningkatkan memori dan kemampuan berfikir anak, menyokong perkembangan retina dan menguatkan fungsi visual dan dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif otak anak.

2. Tidak obes

Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan selama dua tahun pertama dan dilanjutkan tempoh penyusuannya adalah lebih sihat dan kurang berisiko untuk menjadi seorang yang obes. Bila tidak obes, anak akan membesar lebih sihat, cerdas dan aktif.

3. Mata sihat

Anak juga akan mempunyai mata yang lebih baik berikutan perkembangan otaknya yang bagus.
 
4. Daya pendengaran baik

Daya pendengaran anak yang menyusu susu ibu juga adalah lebih baik berikutan kurangnya risiko jangkitan telinga.

5. Kulit lembut dan halus

Paling menarik, kulit bayi yang menyusu susu ibu lebih lembut dan halus berbanding yang langsung tidak menyusu susu ibu.


Sumber info : PaMa

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.104089 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top