Oleh Fyruz Hanna Norhazlinda Hashim,31, atau dikenali sebagai Linda Hashim mengambil keputusan untuk menjual baju perkahwinan dan koleksi lain bagi mengelakkan ia rosak. Dia juga berpendapat ia memberi peluang kepada orang lain untuk memakainya dengan harga yang lebih murah. "Bukan saya tidak sayang jual baju nikah itu, tetapi saya tidak mahu baju itu rosak begitu sahaja kalau disimpan terlalu lama.
"Jadi, lebih baik saya jual murah kepada sesiapa yang berminat untuk memakainya. Baju tersebut dibuat oleh kakak saya dan kain serta manik-manik saya beli di Indonesia, kira-kira menelan kos RM4,000 juga," ujarnya kepada mStar Online. Separuh bajunya sudah didermakan kepada mangsa banjir di Kelantan tahun lalu dan dia juga turut menjual baju ketika pengambaran drama. "Saya baru pindah rumah, jadi saya kumpul berkotak-kotak baju lama saya ketika aktif berlakon dulu untuk dijual secara lelong sahaja. "Baju yang elok dan sopan saya sudah derma kepada mangsa banjir, kebanyakan baju yang saya jual ini sudah tidak sesuai dipakai kerana agak seksi," tambahnya lagi. Dia kini mengandung 8 bulan mengakui pengalamn mengandung kali ini lebih sukar sewaktu mengandungkan anak sulung. -CARI Infonet. sumber: Mstar |
16
Bagus |
14
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
16
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT