Oleh : TS LOO Kebanyakan perokok memang tahu merokok tidak baik untuk kesihatan, tapi akibat ketagihan, seseorang itu memang susah untuk membuang tabiat merokok.
Di Malaysia terdapat juga banyak iklan anti merokok dihasilkan yang bertujuan untuk menyedarkan orang ramai, rokok membahayakan kesihatan kita termasuk orang yang berada di sekeliling. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Thailand telah menerbitkan 'Smoking Kid’, sebuah iklan kemasyarakatan yang sememangnya memberikan impak yang sangat mendalam kepada perokok di luar sana. Dengan berdurasi 2.37 minit, iklan tersebut mengisahkan dua orang kanak-kanak meminta pemetik api daripada perokok yang berlainan jantina dan umur di sekitar bandaraya Bangkok.
Ia merupakan antara iklan anti merokok yang mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok paling terbaik di dunia. Sejak dimuat naik pada bulan Jun yang lalu, video ini sudah ditonton lebih dari lima juta orang dan menerima puluhan ribu ‘like’ di laman Youtube. Di permulaan video, kelihatan beberapa orang dewasa merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam, mereka tidak sedar yang gerak-gerinya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi. Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam “lighter” atau pemetik api kerana mahu merokok juga, jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah... Anda sudah tengok? Sudah jelas bukan? Setelah perokok-perokok dewasa membaca kertas yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut dan raut wajah mereka juga berbeza. Memang sebuah iklan yang sarat dengan mesej dan sangat jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Kementerian Kesihatan Thailand keatas penghasilan iklan ini. Fikir dulu sebelum merokok! - CARI Infonet |
4
Bagus |
4
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
6
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT