CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

DAP batal Sesi soal Jawab DUN P.Pinang kerana takut?

4-7-2013 05:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3682| Komen: 13

DAP batal Sesi soal Jawab DUN P.Pinang kerana takut?







Langkah untuk tidak mengadakan sesi soal jawab pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Barisan Nasional negeri.

Menyifatkan tindakan Speaker DUN Pulau Pinang itu seolah-olah memberi hukuman mati kepada sistem demokrasi, Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid berkata keputusan itu menunjukkan DUN enggan bertanggungjawab untuk memberi jawapan kepada rakyat berlandaskan ketelusan.

Sesi soal jawab pada semua persidangan DUN dan Dewan Rakyat merupakan amalan setiap kali persidangan berlangsung. Sesi itu memberi peluang kepada wakil rakyat mengajukan soalan-soalan yang dibangkitkan rakyat untuk dijawab pihak kerajaan.

"Ini sesuatu yang amat mendukacitakan, untuk pertama kalinya DUN mencipta sejarah apabila tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab atas alasan kekangan masa, soal jawab adalah peranan penting dalam demokrasi, sistem ini telah dibentuk sebagai peraturan dalam aturan mesyuarat.

"Perkembangan seperti ini seolah-olah sebagai hukuman maut atau mati kepada sistem demokrasi akibat keangkuhan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan negeri," katanya yang mempersoalkan keputusan Speaker DUN Law Choo Kiang pada sidangnya di sini hari ini.

Law memberitahu bahawa persidangan DUN masih sah walaupun tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab akibat kekangan masa.

Jahara berkata sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan akauntabiliti, adalah penting bagi DUN untuk mengembalikan sesi soal jawab kerana ia merupakan kepentingan awam dan sebagai menghormati sistem demokrasi.

Bantahan terhadap keputusan untuk tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab itu turut disokong Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang menegaskan bahawa sesi itu penting kerana rakyat perlu tahu tindakan kerajaan terhadap permasalahan yang dibangkitkan mereka.
"Saya memang tidak puas hati kerana tidak ada sesi soal jawab, jangan jadikan kekangan masa sebagai alasan untuk kita tidak buat sesi soal jawab, kita boleh buat," katanya.

Persidangan pagi ini turut menyaksikan pertikaman lidah antara ketua pembangkang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) yang mahu Jahara menarik balik kenyataan 'demokrasi telah maut' ketika Jahara mempersoalkan keputusan yang dibuat Speaker.

Suasana itu dapat ditenangkan oleh Speaker dan persidangan diteruskan dengan membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas tanpa memberi laluan kepada sesi soal jawab.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnDeSouza 4-7-2013 01:09 AM
depa ndak pi makan nasik kandar kot
Quote Al-Patih 4-7-2013 06:59 AM
bersantai dulu kot ....
Quote kakiputaralam 4-7-2013 07:04 AM
Nape muka dia camtu

Quote Honeyda 4-7-2013 11:19 AM


nak cakap bertanya pun tak nak jawab. DUN KOMUNIS ke ni..?????




@mrsrezza  
Quote Azzroy 4-7-2013 12:04 PM

Rasakan penangan politik geng cina dapig!! Melalak macam mereka bagus sgt! Ada kuasa sikit dah berlagak!!
Quote mrsrezza 4-7-2013 12:06 PM
"Ini sesuatu yang amat mendukacitakan, untuk pertama kalinya DUN mencipta sejarah apabila tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab atas alasan kekangan masa, soal jawab adalah peranan penting dalam demokrasi, sistem ini telah dibentuk sebagai peraturan dalam aturan mesyuarat.


nanti depa claim, sistem demokrasi ni umno yg bentuk...so depa peduli hapa...



Quote ajie2000 4-7-2013 03:21 PM


assheikkhhh karpal sing al mahbub..
Quote Honeyda 4-7-2013 03:26 PM
ajie2000 posted on 4-7-2013 03:21 PM
assheikkhhh karpal sing al mahbub..


Sempoi gambaq nih....Syeikh Al-Karpal karam titanic
Quote PITTSBURGH 6-7-2013 08:55 PM
demokrasi lah bebeno
Quote rashiman 7-7-2013 02:14 PM
PITTSBURGH posted on 6-7-2013 08:55 PM
demokrasi lah bebeno

sistem demokrasi yg macam nie,,,rupanya...yg rakyat penang nak...
tak ada soaljawab...
jangan persoalkan, apa yg kerajaan negeri nak buat...
Quote PITTSBURGH 7-7-2013 06:03 PM
rashiman posted on 7-7-2013 02:14 PM
sistem demokrasi yg macam nie,,,rupanya...yg rakyat penang nak...
tak ada soaljawab...
jangan pe ...


angguk2 geleng2 je lah ye
ckp coli tak serupa bikini..
demokrrasi ke laut
komenes si  lim gaung eng ni
Quote fizamn 7-7-2013 10:42 PM
dah ikut perangai UMNO??... ish ish ish ish...
Quote rashiman 7-7-2013 11:49 PM
fizamn posted on 7-7-2013 10:42 PM
dah ikut perangai UMNO??... ish ish ish ish...

..ingatkan lagi baik..., rupa-rupanya lagi teruk...sistem demokrasi yg diamalkannya...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.117030 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top