CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rintihan Anak, Bacakan Surah Ruqyah Untuk Ayah

1-12-2015 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6102| Komen: 10

Oleh Izzah Abbasy

Kecoh di laman sosial facebook semalam apabila portal MyNewsHub dan lain-lain memuatnaik mengenai seorang ayah yang tidak mahu berjumpa dengan anak kandungnya setelah mengahwini perempuan lain. Anak kandungnya hanya mahu ayahnya menjadi wali untuk pernikahannya nanti. Namun, ayahnya menyimbah air ke arah mereka dan tidak mahu berjumpa anak-anak.


Dipercayai ayahnya telah berubah setelah mengahwini isteri muda yang merupakan seorang janda yang sudahpun mempunyai anak. Ayahnya juga dikatakan telah terkena sihir yang dilakukan oleh isteri baru.

Kemudian, anak-anak ini melaungkan takbir dan telah membaca surah Ruqyah di hadapan rumah ayah mereka. Mengapa surah ini dibaca? Untuk apa?

Ini adalah penjelasan serba sedikit mengenai surah Ruqyah.



Ayat ruqyah ini ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat-ayat ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.

Selepas membaca ayat ini ia dikatakan bahawa akan ada simptom-simptom seperti berikut :

1) Denyutan jantung makin kencang
2) Badan bergegar
3) Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) Mengantuk/menguap
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk

Ayat-ayat Ruqyah boleh digunakan sebagai pendinding dan juga sebagai rawatan sihir. Untuk rawatan sihir, perawat haruslah duduk di belakang pesakit dan meletakkan tangan kanan di atas kepala pesakit. Kemudian baca ayat-ayat Ruqyah di teling kiri pesakit. Antara ayat-ayat Ruqyah ialah ;

1) Surah Al-Fatihah
2) Surah Al-Ikhlas
3) Surah Al-Falaq
4) Surah An-Naas
5) Surah Al-Baqarah Ayat 1-5
6) Surah Al-Baqarah Ayat 255-257
7) Surah Al-Baqarah Ayat 284-286
8) Surah At-Taubah Ayat 14
9) Surah Yunus Ayat 57
10) Surah As-Syuaara’ Ayat 80
11) Surah An-Nahl Ayat 69
12) Surah Al-Israa’ Ayat 82
13) Surah Fussilat Ayat 44
14) Surah Al-Mukminuun Ayat 155-118
15) Surah Al-Hasyr Ayat 21-24

Sumber rujukan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (Din, H. Ayat-ayat Ruqyah untuk tujuan pengubatan & perlindungan dari sihir. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab. 2edt. Darussyifa. 105-108). - CARI Infonet

14

Bagus
17

Marah
6

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote penyapulidi 3-12-2015 04:27 PM
zaman sekarang ni macam2, sanggup bomohkan org utk penuhi kehendak nafsu sendiri.. haish dah la ko runtuhkan rumahtangga org tu, pastu ko putuskan silaturahim anak n bapak, esok2 merangkak la cr anak2 tu.. sian anak2 laki tu.. Hanya Allah saja maha mengetahui..
Quote Shahreen74 3-12-2015 10:10 AM
sayu hati bila dgr anak2 panggil.. "abah.. abah.. abah... mai sat"... baiknya si anak2 baik pompuan maupun lelaki.. hasil didikan ibu yg baik... xde la anak tu nak kata kasar ke.. nak tendang pagar ke kan... jdlah anak2 yg soleh & solehah.. doakan abah tu... InsyaAllah satu hari nanti abah tu akan sedar.. tu pun.. mungkin bila isteri muda x perlukn abah tu lg.. heeheeehee.. baru terhegeh2 cari anak.. pastu salahkn anak2.. diri sendiri xmo disalahkn.. emmm... kt dunia ko leh lepas.. kt akhi ...
Quote plasterhati 2-12-2015 01:43 PM
Teringat plk kwn bapak meolls..tanak walikan anak sendiri..jenis otak letak kt lutut, ceraikan bini anak2 biarkan mcm tu aje, anak mintak tlg jd wali ddk kt masjid x smpai stgh jam pn susah..bknnya anak mintak hutang nafkah yg terabai berpuluh tahun tu..dh dpt bini-bini muda ank2 isteri tua buang mcm kain buruk aje..
Quote mujer_in_espejo 2-12-2015 12:41 PM
Kesiannya.. kesian kat anak2... kesian kat ayah yg x sedar
Quote LuLu^Lost 2-12-2015 10:21 AM
ayat ruqyah ni kalau baca sendiri2, akan rasa juga ke 7 simptom tu kat badan sendiri? atau tetap perlukan orang lain bacakan?
Quote ladybird_ 2-12-2015 10:19 AM
kesian ayah dia, tanpa sedar dibuat begitu.. anak2 panggil abah, abah..
sedeh TT
Quote setokinpurple 2-12-2015 12:59 AM
Ada ke surah ruqyah? Bukan ayat ruqyah?
Quote AYAKAISHI_AYASY 2-12-2015 12:51 AM
Bukan anak nak minta duit pun...
Quote Faeeyz 1-12-2015 05:05 PM
Mohon je wali hakim.... In Sya Allah beres
Quote boyagombak 1-12-2015 03:06 PM
Sudah dapat janda bergetah
Anak2 x bergetah tdk berguna lagi
Simbah jer balik dgn ayaq tahik baru padan muka

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.134667 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top