Oleh : Dean BZ Teh tarik sememangnya menjadi satu minuman paling popular buat rakyat Malaysia. Campuran teh dan susu pekat bersama air panas kemudian "ditarik" beberapa kali membuatkan rasa teh dan susu lebih sebati hingga mengeluarkan buih. Minuman ini seringkali dijadikan minuman simbolik untuk santai bersama rakan contohnya :
"Hei kawan, jom pekena teh tarik dulu, boleh sembang-sembang lama tak jumpa". Apa yang menarik kali ini, penulis ingin kongsikan satu resepi baru yang pertama kali penulis jumpa iaitu Teh Tarik Madu yang dikongsikan oleh azlita masam manis. Siapa ingin mencuba, silakan! 3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang 3 sudu besar susu pekat manis 2 sudu besar susu cair 1 sudu besar madu asli air panas secukupnya Ketulan ais jika inginkan dingin Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit Kemudian tapis air dalam gelas Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli Kacau teh hingga sebati Tuang dalam kole dan mulakan proses menarik teh dengan kole. Tarik panjang-panjang supaya menghasilkan buih yang banyak Kemudian tuangkan dalam gelas Letakkan ketulan ais untuk rasa yang lebih dingin
Bagaimana rasanya tidak pula penulis pasti kerana belum lagi mencuba sendiri. Tapi tengok pada gambar pun dah boleh tahu ia semestinya sedap. Jom pakat cuba! - CARI Infonet. kredit resepi : azlita masam manis |
11
Bagus |
18
Marah |
8
Terkejut |
23
Sedih |
12
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT