Oleh : TS LOO
Gara-gara membawa bom mainan ke dalam pesawat, sebuah pesawat terpaksa kembali ke terminal lapangan terbang hanya sejurus beberapa minit sebelum berlepas. Insiden tersebut berlaku di Bali, Indonesia susulan seorang pelancong warga Britain dilaporkan memberitahu para pegawai di Lapangan Antarabangsa Ngurah Rai bahawa dia membeli barang berkenaan yang kelihatan seperti pemasa yang dilekatkan dengan batang dinamit di sebuah kedai permainan. Menurutnya, dia membeli permainan itu untuk tujuan parti sambutan Tahun Baru. Bagaimanapun, portal Mail Online melaporkan dia dimaklumkan bahawa permainan itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat Qatar Airlines bagi penerbangan ke Doha.
Kemudiannya dia meninggalkan barangan tersebut sebelum mendaftar masuk seperti biasa. Memetik laporan The Telegraph, lelaki tersebut bernama Davide Fogli, seorang pereka grafik kelahiran Turin tapi memegang passport Britain ditahan dan disoal siasat. Akhirnya Fogli dan temannya dilepaskan selepas 24 jam. Berita selanjutnya: telegraph.co.uk/
|
ADVERTISEMENT