Aina Abdul menerusi lagu ciptaannya berjudul Jangan Mati Rasa Itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac hadapan. Ketika ditemui OhBulan! Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkongsi bahawa dia kini sedang membuat persiapan sehabis mungkin untuk memastikan konsep yang dibawa pada acara yang berprestij itu membuahkan hasil. "Persediaan kali ini agak sukar sedikit kerana sudah tahun kelima dan ekpestasi orang agak tinggi. Itu juga membuatkan saya dan team saya tak dapat tidur malam untuk dapatkan satu konsep yang bersesuaian dengan ‘Jangan Mati Rasa Itu’. Persiapan sekarang baru 40 peratus. "Untuk konsep kali ini saya tidak menggunakan warna putih. Sebenarnya nak pakai juga warna putih lagi tahun ini tetapi nanti orang cakap tak ada idea pula..nak curi idea tahun lepas."
Sementara itu, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata pentas AJL merupakan platform terbaik untuk berkarya walaupun mengakui berdepan dengan tekanan. "Pressure itu memang ada, terus terang cakap memang tahun ini paling pressure untuk saya tetapi Allah bagi saya satu rasa yang lain. Dalam pressure tu saya masih rasa seronok sebab mungkin ini adalah minat saya untuk berkarya di atas pentas. Jadi kalau tak ada benda ini saya akan rasa kosong." "Pressure itu sebab saya rasa semua orang berhempas pulas tetapi ianya adalah perkara yang baik kerana kerana kita ada daya saing yang sihat dan perkara itu sangat baik untuk industri."
|
DottieDot replied at 8-2-2024 11:36 AM
Aku tak minat dia.. Tapi salute dengan dia sebab dia naik di era muzik scene kita dah x sama macam e ...
cicicumel replied at 8-2-2024 10:44 PM
Hebat dia ni.tiket konsert yg dekat MPO tu pon dah hampir sold out... sementelah tiket Ziana Zain po ...
cicicumel replied at 8-2-2024 10:44 PM
Hebat dia ni.tiket konsert yg dekat MPO tu pon dah hampir sold out... sementelah tiket Ziana Zain po ...
damian_lee replied at 9-2-2024 06:54 AM
kan? the fact that orang dah kurng berminat dengan muzik malaysia and pandang rupa jua.
dia boleh ...
ADVERTISEMENT