Pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya mengalami beberapa siri gangguan yang menyeramkan sepanjang filem terbaharu lakonannya, ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’. Ketika ditemui OhBulan!, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, antara gangguan yang diterima ialah dirinya ‘ditindih’ sewaktu sedang tidur sehinggakan dia sukar untuk bernafas. "Sepanjang menjalani penggambaran, saya banyak kali rasa seperti kena tindih." "Balik ke rumah setiap kali tidur saja mesti kena dan buatkan saya sampai tak boleh bernafas. "Bukan itu sahaja, saya juga seakan nampak bayangan berwarna hitam." Elvina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, pada Rabu malam. Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya berehat tanpa sebarang gangguan.
Ketika ditanya mengenai tawaran berlakon filem seram, Elvina mengakui dirinya merupakan seorang yang penakut namun mahu mencabar dirinya berlakon dalam filem bergenre seram. "Sebelum ini saya ada saja terima tawaran untuk berlakon filem seram tapi tak pernah saya terima." "Tapi untuk filem Waruga ini, jalan ceritanya yang sangat menarik serta gandingan pelakon yang hebat membuatkan saya tertarik untuk terima tawaran tersebut. "Selain itu, saya juga nak cabar diri saya berlakon dalam filem seram memandangkan saya sebelum ini seorang yang penakut." Sekadar info, filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ ini merupakan filem seram yang menerapkan elemen nusantara arahan Azaromi Ghozali. Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek. Sumber: TikTok/OhBulan |
Barebow77 replied at 8-2-2024 10:54 PM
Aku xnak komen pasal kena tindih2 mistik nie..cuma nak komen dah kenapa butang kat baju tue kena let ...
sukacactus replied at 8-2-2024 11:10 PM
Dahhh aku scroll balik naik ats
Warna cekodok tu ye kah3 dah rupa nipple
FlexyFox replied at 8-2-2024 10:15 PM
"Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya bereh ...
Barebow77 replied at 8-2-2024 10:54 PM
Aku xnak komen pasal kena tindih2 mistik nie..cuma nak komen dah kenapa butang kat baju tue kena let ...
FlexyFox replied at 8-2-2024 09:15 PM
"Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia perlu mendengar muzik sebelum tidur bagi membantunya bereh ...
ADVERTISEMENT