CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

#AJL38: Aina Abdul Tak Tidur Malam Fikir Konsep – ‘Saya Akan Berhabis Lagi Sebab Acara Ini Setahun Hanya Sekali’

8-2-2024 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10359| Komen: 82

Description: Aina Abdul menerusi lagu ciptaannya berjudul Jangan Mati Rasa Itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac hadapan.


Aina Abdul menerusi lagu ciptaannya berjudul Jangan Mati Rasa Itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac hadapan.

Ketika ditemui OhBulan! Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkongsi bahawa dia kini sedang membuat persiapan sehabis mungkin untuk memastikan konsep yang dibawa pada acara yang berprestij itu membuahkan hasil.

"Persediaan kali ini agak sukar sedikit kerana sudah tahun kelima dan ekpestasi orang agak tinggi. Itu juga membuatkan saya dan team saya tak dapat tidur malam untuk dapatkan satu konsep yang bersesuaian dengan ‘Jangan Mati Rasa Itu’. Persiapan sekarang baru 40 peratus.

"Untuk konsep kali ini saya tidak menggunakan warna putih. Sebenarnya nak pakai juga warna putih lagi tahun ini tetapi nanti orang cakap tak ada idea pula..nak curi idea tahun lepas."


Sementara itu, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata pentas AJL merupakan platform terbaik untuk berkarya walaupun mengakui berdepan dengan tekanan.

"Pressure itu memang ada, terus terang cakap memang tahun ini paling pressure untuk saya tetapi Allah bagi saya satu rasa yang lain. Dalam pressure tu saya masih rasa seronok sebab mungkin ini adalah minat saya untuk berkarya di atas pentas. Jadi kalau tak ada benda ini saya akan rasa kosong."

"Pressure itu sebab saya rasa semua orang berhempas pulas tetapi ianya adalah perkara yang baik kerana kerana kita ada daya saing yang sihat dan perkara itu sangat baik untuk industri."


Aina berkata demikian di majlis Meet & Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni pada Ahad.

Dalam pada itu, Aina berkata dia tidak kisah untuk mengeluarkan kos demi persembahan pada malam tersebut.

"Saya akan berhabis lagi sebab AJL hanya ada setahun sekali. AJL ini adalah acara yang saya sayang dan menerusinya saya dapat keluarkan karya Aina Abdul.

"Di pentas lain saya tak dapat nak buat macam ini. Kalau tak ada AJL di mana lagi saya nak berkarya dan rasa dihargai".

Anugerah penuh berprestij ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah Aina bakal mengulangi kemenangannya? Atau sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 8-2-2024 07:11 PM
Teringat Mariah Carey mai sini dulu.. sempoi
Quote DottieDot 8-2-2024 07:36 PM
Aku tak minat dia.. Tapi salute dengan dia sebab dia naik di era muzik scene kita dah x sama macam era 90an waktu muzik kita bukan saja pegang market sendiri tapi Indo, Spore & Brunei jugak.. Aina ni era dia diwaktu even orang Msia sendiri dah x berminat dengan muzik & filem lokal dan market kita dah berdekad dijajah muzik luar.. Kalau sepanjang 2000an Indo, kalau 2010an pulak Kpop dan 2020 smpi sekarang ni rasanya xde sapa yang jajah sangat walaupun nampak macam Kpop masih mendominasi..
Rasanya marketing, lagu & lirik dia sendiri yang handle kan.. Memang Taylor Swift Malaysia laa Aina Abdul ni.. So respect ke dia..
Quote pocongkiutss 8-2-2024 07:37 PM
Yawnnn
Quote Tunakimchi 8-2-2024 07:44 PM
Clown
Quote cicicumel 8-2-2024 10:44 PM
Hebat dia ni.tiket konsert yg dekat MPO tu pon dah hampir sold out... sementelah tiket Ziana Zain pon x sold out lagi khabarnye padahal byk lagu hits kot
Quote sarah_ary2 8-2-2024 11:34 PM
Bagi ios lagu yg ni plg best selain lagu tema tombiruo yg lain x memorable bagi aiols
Quote sleepandream 9-2-2024 04:55 AM
mesti semua tak sabar nak tengok sheols pakai baju apa nanti khen...
Quote damian_lee 9-2-2024 06:54 AM
DottieDot replied at 8-2-2024 11:36 AM
Aku tak minat dia.. Tapi salute dengan dia sebab dia naik di era muzik scene kita dah x sama macam e ...

kan? the fact that orang dah kurng berminat dengan muzik malaysia and pandang rupa jua.

dia boleh masih wujud dalam industry

kalau tgk ramai yang 1-2 single than hilang and sendu.

Quote Suchi 9-2-2024 07:49 AM
Oh AJL dah nk puasa? Apa kata org politik?
Quote sayurmayur88 9-2-2024 07:53 AM
sampai tak tido malam fikir konsep. huhuhuhu
Quote bambimbom 9-2-2024 08:08 AM
gara2 aku teman adik pegi konsert dia baru ni, aku mcm tabik la kat dia
suara dia mmg power tak kisah la nyanyi lagu korea sekali pun
tp org asik dok up story psl baju2 dia pelik..
dia pun skang makin cantik dan kurus
Quote lasagna 9-2-2024 08:39 AM
cicicumel replied at 8-2-2024 10:44 PM
Hebat dia ni.tiket konsert yg dekat MPO tu pon dah hampir sold out... sementelah tiket Ziana Zain po ...

ZZ tu bkn tak bleh sold out chuols, tapi tix kemain mahel.
yg beli2 tix tu pun peminat lama2 dolu jer,
yg baru2 muda2 mna laa beriya dgn dia,
sbb lama menyepikan.. aacentuuuu.

Quote prince_marhaen 9-2-2024 09:10 AM
aku asalnya minat sebab suara ia power je, tolak tepi bingit sebab masa live memang sedap betul dengar depan mata.. tapi lepas AJL yang pocong hiris2 leher tu terus macam ~~~you dont need this kind of stupid dress pun nokkkk!~~~ sheols jadi camtu sebab stylist dia yang ponen tu kan...yang selalu collab ngan designer bodoh buat baju2 raya bodoh hina baju traditional tu kan..
Quote syamzana 9-2-2024 09:17 AM
bagus jugak la dia ni wujud mewarnai industri nyanyian msia tapi iols mmg tak minat. dah kertu minat lagu2 yg easy listening je, melalak2 ni sampai ke iols yg dgr ni sakit tekak.
btw, fesyen all out sebegini mmg hodoh ye tapi kalau itu signature dia buat je la
Quote annadonna 9-2-2024 12:37 PM
I love Aina punya effort. Inilah superstar. Sesiapa yg rengsa dgn fesyen dia pergilah menghadap fesyen siti nurhaliza selama lamanya ya. Ini zaman Aina Abdul!
Quote scrocth 9-2-2024 12:42 PM
cicicumel replied at 8-2-2024 10:44 PM
Hebat dia ni.tiket konsert yg dekat MPO tu pon dah hampir sold out... sementelah tiket Ziana Zain po ...

Artis malaysia kena faham sapa target audiences dia. Aina dh buat silap masa konsert di istana budaya dulu so bila konsert di axiata n DFP ticket kena harga mampu milik. Jgn compare diri dgn coldplay, yg tu expatriats, cina2 bisnes berjuta2 sebulan pun apa ada pasal nak beli berpuluh2 keping tiket pun. Penyanyi melayu yg market dikalangan org melayu yg rata2nya m40 ke bawah (kalau t20 pun myb portion agak kecik since org melayu urban mana layan sgt artis local) so harga tix perlu realistic. Boleh refer harga tix ella/wings/ctdk yg epitome tu.
Quote MeowPARSI 9-2-2024 01:04 PM
Lantak ko laa ena,,
Quote sofi_sofia 9-2-2024 01:14 PM
walaupun tak tidur seumur hidup pun tetaplah netizen tau jua hasilnya yg end up adalah wacky costumes fashion yg besar gedabak, kepuk2, meleret2 with bizzare head gear arghh disaster!
Quote DottieDot 9-2-2024 01:56 PM
damian_lee replied at 9-2-2024 06:54 AM
kan? the fact that orang dah kurng berminat dengan muzik malaysia and pandang rupa jua.

dia boleh ...

Itulaa, sebenarnya dari 2016 lagi I dah aware pasal dia tapi x berminat nak amik port pun coz I adalah antara orang yang x ikut perkembangan muzik & filem Msia sejak sekian lama dah..
Pastu dia asik naik topik pasal baju² pelik dia je, so lagi laa I 'mungkin sebab perangai ala² Lady Gaga laa kot yang dia asik trending'..
Pastu last year bila news pasal konsert² dia yang sold out pastu harga tiket bikin migraine dgn capacity yang besar (smpi buat kat Spore lagi bulan January ritu), barulah terdetik hati iolss nak ngecheck pasal dia ni..
Honestly, I jadi impressed laa sebab x sangka wujud rupanya penyanyi lokal era sekarang yang mampu buat macam era 90/00s dulu, judging jauh bezanya laa situasi dulu tu dengan sekarang kan, self-produced pulak tu..
Harap dia tone down pasal fashion pelik dia tu, Lady Gaga pakai pelik² pun setakat yg pelik dimata orang bukan yg sampai menyakitkan hati sebab pakai kembang setaman, menganggu sekeliling pulak cth orang kat belakang dh x nampak depan, lain la kalau kau tengah perform atas stage pastu nak pakai cmtu lols

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-2-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.067870 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top