CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Ismail Diberi ‘Lesen’ Tauliah Sebagai Penceramah Oleh Mais, Tetapi Tidak Boleh Sentuh Pengajaran Kitab Atau Hadis

14-2-2024 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11759| Komen: 31



Sebagai umat Islam, kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat kebaikan, malah mengajak orang lain melakukan perkara yang sama.

Meskipun kita bukanlah bergelar ustaz atau ustazah mahupun pendakwah, namun tiada salahnya kita mengajak orang berbuat baik kerana ia ialah amalan terpuji.

Malah, sesiapa yang melakukannya mendapat pahala berganda, apatah lagi jika kebaikan itu dituruti oleh orang lain.

Bahkan, Rasulullah SAW sendiri juga mengajak orang melakukan kebaikan.

Ini kerana ilmu tidak pernah habis untuk dicari. Bahkan, ia akan terus-menerus dicari dan digunakan seperti dilakukan penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau FBI.

Ditauliahkan sebagai penceramah D4 (tauliah mengajar bidang khas) oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Faizal kini berkelayakan untuk berkongsi ilmu.



“Semuanya bermula sekitar tiga tahun lalu, ketika saya masih dalam fasa berhijrah. Saya dapat tauliah daripada Mais selepas dicadangkan oleh ustaz yang mengajar di pondok tempat saya belajar di Madrasah Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

“Tauliah ini ada banyak jenis dan apabila saya memohon, mereka cadangkan saya dapatkan tauliah D4 yang berbentuk motivasi.

“Ia masih berkonsepkan ceramah, kuliah dan tazkirah. Tetapi, saya hanya boleh menyampaikannya dalam bentuk motivasi untuk mengajak orang datang ke masjid dan melakukan kebaikan.

“Pada masa sama, itu juga adalah satu bentuk dakwah daripada saya. Tapi, saya tak boleh sentuh bab pengajaran kitab atau hadis. Jadi, sejak 2022 saya dah mulakan aktiviti ini,” katanya.

Memetik penuh sebuah laporan berita online, ketika ditanya mengenai rutin jadualnya sebagai penceramah, Faizal berkata, tawarannya datang bermusim.


“Program membabitkan saya boleh dikatakan bermusim dan bergantung kepada hari yang besar dalam kalendar Islam. Contohnya, Maulidur Rasul, Nuzul Quran dan menjelang Ramadan, banyak jemputan yang saya terima dari surau dan masjid untuk berikan tazkirah.

“Ada juga program yang diadakan di universiti dan sekolah dan lokasi persendirian. Cumanya kalau untuk di surau atas masjid, perlukan tauliah,” katanya.

Ditanya sama ada dia merancang melanjutkan bagi mendapatkan tauliah ke peringkat lebih tinggi, Faizal berkata, ia memerlukan kudrat dan tumpuan penuh.

“Kalau ditanya sama ada saya nak lanjutkan bagi mendapatkan tauliah di peringkat seterusnya seperti D3, D2 atau D1, ia perlu datang dengan ilmu dan prosesnya tidak mudah.

“Bukan sekadar kena belajar asas agama, tetapi kena faham masalah masyarakat setempat juga. Tambahan pula, saya bukan pelajar yang ada latar belakang agama, tapi ada sedikit pengetahuan kerana latar belakang keluarga saya tekankan bab agama.

“Andai kata saya nak lanjutkan lagi untuk dapatkan tauliah peringkat selanjutnya, saya kena berhenti kerja sebagai pengacara dan penyampai radio terlebih dulu dan tumpukan sepenuh perhatian.

Sumber : Faizal Ismail/Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 14-2-2024 12:35 PM
Zaman fbi fafau linda onn dulu syok dengar radio..sekarang merepek
Quote damian_lee 14-2-2024 12:38 PM
sampai la ni aku asik recall nama dia as FBI
bukan Faizal ….
tapi nampak bersungguh la dia ni nak berdakwah

dulu dia benti jadi DJ sebab nak focus bisnes kan?
after that mcm kelam
tiba2 letupan lagi bab dakwah2 ni (tapi xdelah se letupan zaman fbi dulu)
Quote scarflicious 14-2-2024 12:40 PM
Beginilah baru betul. Dapatkan tauliah utk mengajar.
Quote cap_ayam 14-2-2024 12:59 PM
Tahniah dapat tauliah
Quote jihyomelly 14-2-2024 01:30 PM
tahniah..berusaha utk dptkan tauliah utk bg ceramah..
Quote Yaya04 14-2-2024 02:02 PM
FBI ni nampak dah tone down drpd mendoniaa. Education background pon okay. Rase dia study abroad kot dulu.
Quote Yaya04 14-2-2024 02:03 PM
Now dah dpat tauliah bg ceramah. Tahniah
Quote miracle_forever 14-2-2024 02:59 PM
damian_lee replied at 14-2-2024 12:38 PM
sampai la ni aku asik recall nama dia as FBI
bukan Faizal ….
tapi nampak bersungguh la dia ni nak b ...

lps start bisnes tu dia gi uk buat master.. cardiff rasanya.siap jual keta bagai sbb nak fund master tu. ni sebelum pandemic. pastu tetiba senyap je… tau3 je dah balik msia & join tabligh. rasanya tak abis master tu sbb terus senyap je.
Quote _kelly 14-2-2024 03:08 PM
bagus macam ni, apply tauliah dulu
Quote Carcosa 14-2-2024 03:19 PM
Syok ek, so happened initial dia FBI
Jeles je meols
Quote 3chanceno 14-2-2024 03:41 PM
Edited by 3chanceno at 14-2-2024 03:42 PM

Tahniah dah dapat tauliah. Tak lah pung pang sana sini tapi takde tauliah. Bukan mudah nak dapat tauliah walaupun dari segi motivasi, kena belajar jugak.

Semuga sukses dunia & akhirat.
Quote matjerk 14-2-2024 03:53 PM
jejai replied at 14-2-2024 12:35 PM
Zaman fbi fafau linda onn dulu syok dengar radio..sekarang merepek

Terutamanya johan... asyik gelak je ntah apa yg lawak... KJ x rasa ke diri dia downgrade join puak2 IQ below par ni
Quote tukul 14-2-2024 07:20 PM
matjerk replied at 14-2-2024 03:53 PM
Terutamanya johan... asyik gelak je ntah apa yg lawak... KJ x rasa ke diri dia downgrade join puak ...

KJ terpaksa mendown gradekan diri demi kekal relevan..
Quote j3m4h 14-2-2024 08:39 PM
matjerk replied at 14-2-2024 03:53 PM
Terutamanya johan... asyik gelak je ntah apa yg lawak... KJ x rasa ke diri dia downgrade join puak ...

Why ckp kj down graded? Heol tu kan. Oppotunist person …dak alumni oxford by cable gaknye…heol ngah pasang strategy utk kekal relevan la tu..karier politik heol naik zaman pak mertua jek..lpstu celaru dah ..tall dark kepamss…
Quote matjerk 14-2-2024 10:07 PM
j3m4h replied at 14-2-2024 08:39 PM
Why ckp kj down graded? Heol tu kan. Oppotunist person …dak alumni oxford by cable gaknye…heol n ...

Downgrade la terjebak dgn lawak2 low IQ deejay2 ni..
Quote sayurmayur88 15-2-2024 08:27 AM
suka sgt dgr radio zaman FBI jadi DJ..
Quote Sesuatu… 15-2-2024 09:49 AM
Bagus la dia ni transparent pasal tauliah. Eh dak pu ostaz tu tauliah mcm ni jugak ke? Ke arah motivasi takleh sentuh pengajaran kitab dan quran?
Quote cikpah27 15-2-2024 10:51 AM
Edited by cikpah27 at 15-2-2024 10:57 AM
miracle_forever replied at 14-2-2024 02:59 PM
lps start bisnes tu dia gi uk buat master.. cardiff rasanya.siap jual keta bagai sbb nak fund mast ...

biar betul tak habis? sebab anak isteri pun ikut g sana jugak kan lepas anak sulung tu habis exam ke habis sekolah ntah.. master setahun je kan?


EDIT    EDIT
"Mungkin disebabkan masalah gangguan tidur menyebabkan saya tidak sihat, rasa seperti bukan diri saya. Saya tidak mahu keluar rumah, berat badan susut dan perkara itu berlanjutan selama tujuh bulan," katanya kepada BH Online.

Akui Faizal, sejak berada di UK, beliau sudah tidak sedap hati.

"Saya rasa lain macam... Selepas berbincang dengan emak dan ayah, akhirnya, saya buat keputusan pulang ke Malaysia.

"Saya balik dalam keadaan kehilangan tenaga. Sebelum pulang, beberapa kali saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

"Namun, Alhamdulillah doktor beritahu tiada masalah kesihatan lain," katanya.

haah la..... ala sayang nya.. last follow dulu rasa mcm dah nak final dah..
Quote jerukkedondong 15-2-2024 11:12 AM
Yaya04 replied at 14-2-2024 02:02 PM
FBI ni nampak dah tone down drpd mendoniaa. Education background pon okay. Rase dia study abroad kot ...

FBI alumni uitm..pastu join skuad ERA...pernah ke UK sambung master tapi half way rasa nya...I
suka dgr dia di Zayan FM sekufu lah FBI ni dgn Anas Tahir  and Mawi..
banyak betul perubahan dia lps berhijrah..
Hidayah itu indah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top