CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Papa Megah Holding Dah Rosak Ni”, Gelagat Mustapha Kamal Jadi Lembut Raih Perhatian Ramai

14-2-2024 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15217| Komen: 17



Siapa yang tidak kenal dengan Mustapha Kamal bin Mohd Daud, atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal yang merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Mustapha Kamal memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada tahun 1988 apabila membintangi filem yang berjudul ‘Dendang Remaja’ yang juga merupakan filem pertamanya. Selepas filem tersebut ditayangkan, Mustapha Kamal semakin dikenali ramai dan lakonannya mendapat perhatian pengarah filem dan drama tempatan.

Selain itu juga, Mustapha Kamal pernah memenangi ABP pada tahun 1990 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Popular dan Pemenang ABP pada 1994 sebagai Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular. Kini Mustapha Kamal lebih dikenali anak-anak muda dengan gelaran ‘Papa Megah Holding’.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Mustapha Kamal yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.8 juta, tanda suka sebanyak 103 ribu dan sebanyak 6 ribu komen.


Di dalam video berkenaan, memaparkan Mustapha Kamal yang sedang makan isi air kelapa sambil bunga di letakkan ditelinganya dan membuat perwatakkan yang lembut bagi menghiburkan pengikutnya yang menonton video tersebut.

“Selepas 1 hari di Thailand”-tulis Mustapha Kamal


Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Mustapha Kamal itu. Mereka juga mengatakan bahawa, Mustapha layak bergandingan dengan Tok Ram dan Roy Azman kerana mereka sememangnya ‘masuk air’

Apa-apa pun semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?


Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 14-2-2024 09:24 PM
Auto aku teringat Wa..hab..wahab...zai zai zai zai..
Quote prince_marhaen 15-2-2024 08:48 AM
emmm..... hai papa! putih melepak papa!




Quote KamikuP 15-2-2024 09:03 AM
Putih kemerah merahan nya la hai papa ni.. ekekeke
Quote kucingitam 15-2-2024 11:43 AM
dr zaman mudo dah minat papa ni...zaman dia jadi tokey bengkel ada adik OKU.
Quote semahsally 15-2-2024 11:44 AM
mcm cepwan la plop haha
Quote Pumpkinhead 15-2-2024 02:09 PM
he understoods the assignment kekdahnya
Quote dua_chzy 15-2-2024 04:23 PM
Mustapha Kamal ni ada sikit iras bapak aiol. Terutama gambar atas, belah kanan tu. Huhu.
Quote Beribear 15-2-2024 04:30 PM
Mcm najib sikit mcm aznah hamid pon ada.. Hahaaahaha mata aku
Quote vanillaninja 15-2-2024 04:50 PM
Beribear replied at 15-2-2024 08:30 AM
Mcm najib sikit mcm aznah hamid pon ada.. Hahaaahaha mata aku

I scroll balik lepas baca comment chuols and ya I can see the resemblance! Memang ada penampakan Aznah Hamid tengah merenung tajam
Quote epal_putih 15-2-2024 04:52 PM
Suka betul mkn nasi ulam budu
Quote ezacbee 15-2-2024 05:17 PM
kucingitam replied at 15-2-2024 11:43 AM
dr zaman mudo dah minat papa ni...zaman dia jadi tokey bengkel ada adik OKU.

Antara dialog cite tu.. nama saya rosli, tapi janganlah panggil i ros tau.. mula2 nampak gagah bila tang nama ros terus jadi kelepuk.



Quote Dolmat 15-2-2024 05:25 PM
prince_marhaen replied at 15-2-2024 08:48 AM
emmm..... hai papa! putih melepak papa!


Ni baru di kataaaaaa anak jantannnns Melayu! Takde mcm muka sotong Korea wannabe!

Quote gideoncross 18-2-2024 01:27 AM
prince_marhaen replied at 15-2-2024 08:48 AM
emmm..... hai papa! putih melepak papa!

Dh mcm Brian May
Quote gideoncross 18-2-2024 01:28 AM
dua_chzy replied at 15-2-2024 04:23 PM
Mustapha Kamal ni ada sikit iras bapak aiol. Terutama gambar atas, belah kanan tu. Huhu.

Boleh lh uol fefeeling sikit
Quote dua_chzy 18-2-2024 01:38 AM
gideoncross replied at 17-2-2024 05:28 PM
Boleh lh uol fefeeling sikit

Dari kecik lagi dengar orang cakap muka bapak aiol macam Megah Holding.
Quote Suchi 18-2-2024 06:31 AM
Ingat kan dia ada pangkat dato dah

Dia tak boring ke selalu pegang watak sama je tp yelaa kang tak amik takda pitis plak cuma mesti rasa boring gak kan
Quote rosewhite 18-2-2024 06:43 AM
Suchi replied at 18-2-2024 06:31 AM
Ingat kan dia ada pangkat dato dah

Dia tak boring ke selalu pegang watak sama je tp yelaa kang tak  ...

Eh ada rasanya, dari kelantan kan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.285093 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top