Teka-teki pemilik vokal padu di sebalik topeng terjawab apabila penyanyi, Stacy Anam yang memakai kostum Bunga Matahari diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim ke-4 (TMSMY4). Pada konsert akhir malam tadi, Stacy membawakan lagu Lathi nyanyian asal Sara Fajira dan Cinta nyanyian asal Marsha Milan berjaya menewaskan empat maskot lain selepas berhasil menambat hati juri. Bunga Matahari membawa pulang hadiah sebuah trofi seperti mana mengikut format negara-negara lain. Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan pelawak, Namie yang memakai maskot Mat Helang di tempat naib juara. Sementara itu, pelawak, Danial Zaini yang memakai kostum Sang Kancil diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. Tempat keempat pula menjadi milik bekas peserta Ceria Popstar, Adinda yang memakai kostum Biskut Aiskrim dan kedudukan kelima diduduki pemakai topeng Teratai, Nabila Razali
Sepanjang tempoh pertandingan, Stacy berjaya bergelar juara mingguan sebanyak tujuh kali iaitu bermula pada minggu ketiga sehingga minggu kesembilan. Peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri tetap manakala 20 peratus lagi merupakan undian peminat. Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia. Kesemua persembahan peserta diadili sembilan juri terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Angah, Elly Mazlein, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
|
apedehal replied at 19-2-2024 10:57 AM
Pemenangnya da mmg expected kan stacy..ramai yg nk dia menang
kedudukan kelima diduduki pemakai topeng Teratai, Nabila Razali
ADVERTISEMENT